Meskipun anda dikatakan hebat ketika diranjang, adakalanya lelaki
terlupa beberapa perkara yang boleh membantunya untuk sentiasa menang
dalam "pertarungan". Di sini beberapa tips sebagai panduan untuk lelaki
yang bergelar SUAMI.
1. Mengatur tempat.
Mengatur dan menyediakan tempat yang selesa untuk hubungan intim bukanlah sesuatu yang sukar. Malah ia akan memudahkan proses bercumbu
dan merayu pasangan tatkala memulakan hubungan seks.
Keselesaan isteri akan memudahkan tugas suami, oleh itu rapikanlah
tempat tidur pasang lampu malam, muzik yang lembut untuk menyenangkan
hatinya dan mencipta suasana romantik.
2. Pemanasan.
Pemanasan atau foreplay merupakan bahagian penting dalam hubungan intim.
Ia adalah perkara yang merangsang nafsu seks wanita. Namun begitu ramai
lelaki menganggap foreplay hanya perkara membuang masa dan seterusnya
tergesa-gesa melakukan hubungan intim. Bagi wanita inilah sebenarnya
bahagian yang paling disenangi dan ingin dinikmatinya.
3. Tahan keinginan.
Belajar menahan keinginan di tempat tidur akan membuat pasangan anda
semakin terangsang. Wanita seperti yang diketahui memerlukan masa yang
lama untuk berghairah, oleh itu janganlah mementingkan diri sendiri.
Puaskanlah terebih dahulu keinginan isteri sebelum mengakhiri hubungan
intim. Jangan biarkan isteri terbaring dalam keadaan kecewa kerana
gelora nafsunya tidak dipenuhi. Percayalah pekara inilah yang membuatkan
isteri lebih menyayangi pasangan.
4. Fahami Bahasa tubuh.
Wanita sememangnya jarang unntuk meluahkan kemahuannya tentang apa yang
diiginkan di tempat tidur. Bagaimanapun ia sebenarnya boleh dibawa
dengan petunjuk bahasa tubuh.
Perhatikan gerakan-gerakan tubuh isteri yang sebenarnya mungkin ingin
memberitahu sesuatu kepada anda secara verbal. Perhatikan bagaimana pasangan anda memberi reaksi terhadap sentuhan. Jika anda melihat
tubuhnya tegang ketika disentuh, ubahlah cara sentuhan sehingga isteri
berasa nyaman dan senang. Sebaliknya jika ia masih belum memberi kesan,
inilah waktunya untuk meningkatkan "volume" sentuhan. ..
5. Jangan melakukan gaya yang keterlaluan.
Ada lelaki yang mempunyai fantasi yang tinggi dan selalu ingin mencuba
gaya baru di tempat tidur. Pastikan kesediaan isteri dahulu sebelum
merancang membuat gaya yang baru, jangan melakukan kesilapan.
Ada pasangan yang tidak dapat menerima aksi-aksi baru terutama yang
keterlaluan. Sekiranya anda mahu mencuba aksi-aksi baru, perkenalkanlah
posisi dan fantasi anda secara perlahan lahan kepadanya.
Pujuk dengan cara yang betul iaitu dengan lembut dan mesra sehinggalah
mendapat persetujuan. Tetapi perhatikanlah juga reaksinya, kerana
mungkin pasangan anda tidak menyukainya.
6. Jangan abaikan pasangan.
Semua wanita akan rasa kecewa bila pasangan mengabaikan dirinya ketika
di tempat tidur. Selalunya ia berlaku apabila suami telah mencapai
ejakulasi . Sungguhpun kepenatan namun janganlah mengabaikan isteri
setelah anda menikmati kepuasan.
Perlakukan pasangan seperti sedang bercumbu, peluk dan cium dan
genggamlah tangannya. Seharusnya inilah masanya suami menunjukkan rasa
cinta dengan menyenangkan isteri walaupun sudah merasai kepuasan.
0 on: "Tips Menang Di Ranjang (Untuk Suami) "