Rawatan kanser prostat kini lebih terurus
KANSER hanyalah istilah yang mewakili lebih 100 variasi jenis penyakit bersifat malignan yang berpunca dari bermacam faktor dan dirawat dengan pelbagai cara. Penyebab kanser adalah kompleks dan membabitkan kerosakan kepada gen manusia. Jika sekiranya, atas sebab tertentu gen mula bertindak di luar kawalan, kanser boleh terbentuk.
Kanser prostat dihidapi lelaki.
KANSER hanyalah istilah yang mewakili lebih 100 variasi jenis penyakit bersifat malignan yang berpunca dari bermacam faktor dan dirawat dengan pelbagai cara. Penyebab kanser adalah kompleks dan membabitkan kerosakan kepada gen manusia. Jika sekiranya, atas sebab tertentu gen mula bertindak di luar kawalan, kanser boleh terbentuk.
Mengikut kajian, ia adalah punca kedua tertinggi kematian berkaitan kanser di Amerika Syarikat (AS). Dianggarkan satu daripada enam lelaki di negara itu didiagnosa dengan barah prostat. Malah jumlah ini juga dikatakan meningkat di Malaysia dan Singapura.
Pada mulanya saya hanya mahu berada dekat dengan keluarga yang kebanyakan menetap di utara tanah air, tidak disangka peralihan dari Kuala Lumpur itu bertepatan dengan kewujudan terapi baru ini. - TeohProstat adalah kelenjar kecil berbentuk walnut yang terletak di bahagian bawah sistem reproduktif lelaki. Mutasi genetik di dalam sel prostat menyebabkan pertumbuhan kanser di dalam prostat yang boleh merebak daripada prostat ke bahagian lain tubuh seperti tulang, nodus limfa dan organ lain.
Perunding Radioterapi dan Onkologi, Pusat Perubatan Gleanegles Pulau Pinang, Datuk Dr Adel Zaatar berkata, sehingga kini pakar perubatan belum memahami sepenuhnya punca sebenar kanser prostat. Berikutan itu, ramai lelaki tidak pernah tahu mereka menghidapnya.
“Kajian menunjukkan melalui bedah siasat yang dijalankan ke atas lelaki berbangsa China, Jerman, Jamaica, Sweden dan Uganda yang mati akibat penyakit lain, 30 peratus yang berusia 50-an manakala 80 peratus berusia 70-an menghidap kanser prostat.
“Namun, ada pelbagai jenis faktor risiko termasuk yang tidak boleh diubah seperti usia, jantina atau bangsa dan sejarah keluarga. Ini selain faktor risiko penyebab barah yang dikaitkan dengan alam sekitar.
“Begitu juga faktor yang berkaitan dengan amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, minum arak dan diet,” katanya ketika ditemui di Pusat Perubatan Gleaneagles Pulau Pinang, baru-baru ini.
Sejumlah besar lelaki dikesan menghidap kanser prostat yang sedang merebak ketika diagnosa atau berulang selepas kegagalan rawatan awal kanser prostat. Bagi kebanyakan pesakit ini, rawatan utama adalah ablasi hormonal bagi menyekat penghasilan hormon testosteron yang menggalakkan pertumbuhan kanser prostat sama ada menerusi pembedahan (membuang testis) atau ubat anti hormon.
Bagaimanapun, walau ia berfungsi menyekat hormon, dalam kebanyakan kes penyakit itu masih boleh terbentuk dalam masa 18 hingga 24 bulan.
Ketika ini, kemoterapi kategori first-line bagi sel yang merebak selepas ablasi hormon adalah kemoterapi docetaxel (taxotere). Bagaimanapun, malangnya kekebalan terhadap taxotere tetap berlaku.
Dr Adel berkata, pesakit kanser prostat peringkat lanjutan yang penyakitnya merebak ketika atau selepas kemoterapi taxotere tidak punya banyak pilihan rawatan bagi mempertingkatkan kelangsungan hidup dan menikmati kualiti hidup yang baik. Keperluan yang masih tidak mampu dipenuhi ini mendorong pembangunan kemoterapi baru yang kini boleh didapati di negara ini.
“Cabazitaxel atau nama komersilnya Jevtana adalah taxoid semi sintetik terkini yang baru dilancarkan di Malaysia. Ia terbukti memberikan manfaat dari segi kelangsungan hidup dan mempertingkatkan kualiti hidup pesakit.
“Ia terbukti berkesan pada salah seorang pesakit saya yang pernah gagal menerusi hormonal dan rawatan docetaxel (taxodere). Pesakit ini juga adalah pesakit pertama di Malaysia yang menggunakan kemoterapi baru itu.
“Pesakit ini memulakan rawatan sejak sembilan bulan lalu iaitu pada September 2011. Dia mengadu sakit pada tulang belakang dan menunjukkan bacaan antigen khusus prostat (PSA) yang meningkat. Selepas 11 sesi cabazitaxel (Jevtana), satu sesi setiap tiga minggu dia kini boleh dikatakan hampir bebas dari kesakitan dan bacaan PSA juga menurun.
“Imbasan CT terkini menunjukkan penyakitnya kini terkawal. Rawatan yang dijalani diterima baik dan dengan kesan sampingan yang minimal. Dia kini menikmati kualiti hidup yang baik dan mampu meneruskan aktiviti dan gaya hidup yang normal,” katanya.
Rawatan bagi kanser prostat lanjutan sedang melalui transformasi yang pantas dan semakin maju. Kewujudan ejen kemoterapeutik berasaskan taxane baru ini menunjukkan peningkatan yang bermakna dalam kedua-dua kelangsungan hidup (hidup lebih lama) dan kualiti hidup pesakit.
Hakikatnya, pesakit dengan kanser prostat metastatik lanjutan boleh mendapat manfaat yang penuh daripada kemoterapi cabazitaxel (Jevtana). Cabazitaxel (Jevtana) adalah ejen kemoterapi terkini yang baru saja diluluskan penggunaannya di Malaysia buat pesakit yang selnya merebak ketika atau selepas rawatan taxotere.
Jevtana, kombinasi dengan prednisolone sudah diluluskan pada Jun 2010 oleh US Food and Drug Administration bagi rawatan pesakit dengan prostat kanser lanjutan selepas gagal taxotere.
Teoh gembira hidup baru
PADA usia 68 tahun, Teoh Chin Poon, boleh dianggap sangat bertuah kerana bantuan tiba pada ketika dan masa yang tepat.
Sebagai penghidap kanser prostat pertama di Malaysia yang menggunakan cabazitaxel (Jevtana), beliau mula merasai manfaat yang dimaksudkan Dr Adel selepas 11 bulan menjalani rawatan terapi terbaru itu.
“Saya masih ingat ketika didiagnosa pada 2002 di sebuah hospital di Kuala Lumpur, kanser prostat sudah berada pada tahap kritikal iaitu tahap tiga. Ketika itu saya sangat kurus tapi saya tidak pernah kenal putus asa kerana menganggapnya sebagai penyakit yang tidak terlalu serius,” kata bekas jurutera yang berasal dari Alor Star ini.
Terus bercerita, Teoh akui masih banyak tanda tanya mengenai punca kanser yang dihidapinya itu.
“Ini kerana penyakit ini tiada dalam sejarah keluarga, tetapi abang ipar saya menghidap penyakit yang sama,” jelasnya yang pernah gagal menerusi rawatan ablasi hormon dan terapi docetaxel (taxotere) lantas akhirnya serasi dengan cabazitaxel.
Akibat keadaan kesihatannya yang turun naik sepanjang lapan tahun, Teoh mendapatkan pandangan kedua pakar perubatan dan mengambil keputusan mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Gleaneagles Pulau Pinang.
“Pada mulanya saya hanya mahu berada dekat dengan keluarga yang kebanyakan menetap di utara tanah air, tidak disangka peralihan dari Kuala Lumpur itu bertepatan dengan kewujudan terapi baru ini,” katanya.
Ketika memulakan rawatan pada September 2011 berat badannya 56 kilogram, kini selepas sesi terakhir pada 17 Mei lalu berat badan Teoh mencecah 66 kilogram kerana selera makan sentiasa terbuka.
Malah datuk kepada seorang cucu ini mengakui gejala yang sentiasa mengganggu semakin berkurang. Jika dulu beliau sering terjaga malam untuk buang air kecil kini semua itu tinggal kenangan.
“Agak mengagumkan kerana sepanjang sesi terapi, saya tidak merasa sakit, malah tiada langsung kesan sampingan seperti pening, loya, muntah mahupun rambut gugur. Malah kelihatan rambutnya semakin hitam dan tebal.
“Saya percaya tiada apa yang lebih bermakna bagi pesakit selain keupayaan terapi ini yang mampu mengurus dan mengawal gejala penyakit serta mengurangkan kesan sampingan sekali gus memberi peluang menikmati kualiti hidup yang bermakna dan normal,” katanya.
0 on: "Inovasi tangani barah [Kanser Prostat]"