Kasi Tembak

Pages

Rabu, 19 September 2012

7 tips bagaimana anda boleh menempuh malam pertama pengantin [18SX]

- Tiada ulasan


7 tips bagaimana anda boleh menempuh malam pertama pengantin anda dengan penuh nikmat dan memuaskan. Sama-sama kita ikutinya…

Tips 1: Pastikan tubuh badan anda bersih dariapda segala kekotoran. Mandi terlebih dahulu sebelum anda mulakan pelayaran bahtera malam pertama pengantin anda. Ini bagi memastikan badan anda akan berasa segar dan wangi. Pasangan anda akan merasa lebih selasa apabila ingin memulakan seks bersama anda.


Tips 2: Mulakan dengan belaian manja dan puji-pujian kepada isteri anda. Ini bagi menghidupkan suasana yang lebih romantis. Kaum wanita lebih mudah terangsang dari segi seksual dalam keadaan yang romantik.

Tips 3: Panjangkan tempoh bercumbu-cumbuan anda. Bercumbuan bersama isteri anda dalam masa yang lebih lama boleh menghanyutkan isteri anda seterusnya mampu meningkatkan lagi pengeluaran cairan di farajnya. Pentingnya faraj isteri untuk benar-benar basah adalah bagi memudahkan hubungan persetubuhan anda kelak.

Tips 4: Sentuh payudara isteri anda dengan penuh kelembutan. Jangan mengasari isteri anda buat kali pertama.

Tips 5: Tanyakan isteri anda pada bahagian manakah tubuh dia yang membuatkan dia merasa lebih nikmat sewaktu anda sentuhnya. Fokuskan lebih pada bahagian tersebut. Setiap wanita mempunyai titik-titik ghairah yang berlainan dari segi tahap sensitiviti.

Tips 6: Puaskan isteri anda terlebih dahulu. Setelah isteri anda puas, baru anda (si suami) boleh meneruskan aksi mendayung sehingga anda terpancut.

Tips 7: Jangan lupa mengucapkan kata-kata romantis seperti ‘I love you ayang’ ketika anda berdua asyik dan sedang hanyut di buai nikmat malam pertama pengantin. Ini dapat memudahkan lagi isteri anda mencapai orgasma.

Teknik menghadapi malam pertama [18SX]

- Tiada ulasan

MALAM pertama adalah satu cabaran jika pasangan berkenaan tidak berpengalaman berasmara. Jika pasangan wanita selama ini menyimpan kesuciannya untuk jejaka idaman, pasti malam pertama memberi makna kepadanya apabila dapat memberi anugerah yang sangat bernilai itu kepada pasangannya dan mereka mengecapi gelora malam berkenaan.
Namun, perlu diingatkan kepada wanita supaya tidak perlu takut dengan pelayaran malam pertama kerana ia akan memberi tekanan kepada dirinya dan juga pasangan. Sebaik-baiknya, mereka melayani dengan mengikut gerak hati dan memberi kerjasama kepada pasangan supaya sentuhan malam pertama berjalan lancar.
Seseorang wanita juga perlu bersabar jika tidak disentuh pada malam pertama kerana mungkin pasangan mereka masih dalam peringkat menyesuaikan diri atau terasa letih dan lesu selepas proses perkahwinan.
Jika keadaan mengizinkan, hubungan keintiman seksual dilakukan dan sentuhan malam pertama akan berlaku, tetapi pasangan wanita perlu tahu fungsinya apabila pasangan mereka mendekati dan mula menyentuh tubuh sambil melucutkan pakaiannya sehelai demi sehelai.
Dia boleh membantu pasangannya bersedia dengan menyentuh mengikut keselesaan pasangannya. Menyentuh anggota sulit pasangan ketika itu mungkin mengakibatkan pasangan hilang kawalan syahwat dan boleh menyebabkannya terpancut.
Apabila sentuhan intim berjalan hingga ke peringkat pasangan lelaki hendak mendekatkan ereksinya ke paras anggota sulit, pasangan wanita perlu melegakan pahanya bagi memudahkan proses berkenaan.
Paling penting ketika malam pertama ialah pasangan wanita perlu melegakan kemut bagi membolehkan ereksi lelaki dapat terlepas daripada penahan iaitu selaput dara yang mengelilingi pembukaan faraj.
Jika terasa kesat untuk permulaan, geselan boleh dilakukan secara lembut dan sentuhan tubuh badan dilakukan serentak supaya rangsangan berlaku dan mukosa faraj menjadi lebih lembap serta memudahkan pergerakan zakar ke dalam faraj.
Andainya masih juga kesat, tidak salah untuk pasangan berkenaan menggunakan jeli bagi memudahkan lagi kemasukan zakar ke dalam faraj kerana apabila sudah mengenali sentuhan pertama itu, mereka akan rasa yakin dan tidak teragak-agak mengulanginya mengikut kehendak dan cita rasa mereka.
Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa masalah boleh berlaku. Pasangan lelaki boleh terasa tertekan atau cemas kerana memikirkan tanggungjawab yang hendak dilakukannya, iaitu hubungan penetratif.
Jika berasa seriau, pasangan lelaki akan mudah hilang kawalan dan perasaan rangsangan menyebabkan ereksi yang membina itu terus kendur, sekali gus dia gagal melakukan tanggungjawab malam pertama kepada pasangannya.
Keadaan ini dikenali sebagai mati pucuk malam pertama. Perkara sama boleh berlaku kepada pasangan wanita. Jika seriau, dia tidak dapat mengawal pembukaan faraj dan ketika pasangan ingin menyalurkan ereksi, farajnya akan mencengkam tanpa kawalan. Oleh itu sebaiknya perlulah biasakan dengan foreplay dahulu sebelum memulakan langkah yang seterusnya.

sambung ...  [banyak lagi ]

Sabtu, 15 September 2012

Inovasi tangani barah [Kanser Prostat]

- Tiada ulasan
Rawatan kanser prostat kini lebih terurus

KANSER hanyalah istilah yang mewakili lebih 100 variasi jenis penyakit bersifat malignan yang berpunca dari bermacam faktor dan dirawat dengan pelbagai cara. Penyebab kanser adalah kompleks dan membabitkan kerosakan kepada gen manusia. Jika sekiranya, atas sebab tertentu gen mula bertindak di luar kawalan, kanser boleh terbentuk. 
Kanser prostat dihidapi lelaki.

 Mengikut kajian, ia adalah punca kedua tertinggi kematian berkaitan kanser di Amerika Syarikat (AS). Dianggarkan satu daripada enam lelaki di negara itu didiagnosa dengan barah prostat. Malah jumlah ini juga dikatakan meningkat di Malaysia dan Singapura. 

Pada mulanya saya hanya mahu berada dekat dengan keluarga yang kebanyakan menetap di utara tanah air, tidak disangka peralihan dari Kuala Lumpur itu bertepatan dengan kewujudan terapi baru ini. - Teoh
Prostat adalah kelenjar kecil berbentuk walnut yang terletak di bahagian bawah sistem reproduktif lelaki. Mutasi genetik di dalam sel prostat menyebabkan pertumbuhan kanser di dalam prostat yang boleh merebak daripada prostat ke bahagian lain tubuh seperti tulang, nodus limfa dan organ lain. 

Perunding Radioterapi dan Onkologi, Pusat Perubatan Gleanegles Pulau Pinang, Datuk Dr Adel Zaatar berkata, sehingga kini pakar perubatan belum memahami sepenuhnya punca sebenar kanser prostat. Berikutan itu, ramai lelaki tidak pernah tahu mereka menghidapnya. 

“Kajian menunjukkan melalui bedah siasat yang dijalankan ke atas lelaki berbangsa China, Jerman, Jamaica, Sweden dan Uganda yang mati akibat penyakit lain, 30 peratus yang berusia 50-an manakala 80 peratus berusia 70-an menghidap kanser prostat.

“Namun, ada pelbagai jenis faktor risiko termasuk yang tidak boleh diubah seperti usia, jantina atau bangsa dan sejarah keluarga. Ini selain faktor risiko penyebab barah yang dikaitkan dengan alam sekitar. 
“Begitu juga faktor yang berkaitan dengan amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, minum arak dan diet,” katanya ketika ditemui di Pusat Perubatan Gleaneagles Pulau Pinang, baru-baru ini.

Sejumlah besar lelaki dikesan menghidap kanser prostat yang sedang merebak ketika diagnosa atau berulang selepas kegagalan rawatan awal kanser prostat. Bagi kebanyakan pesakit ini, rawatan utama adalah ablasi hormonal bagi menyekat penghasilan hormon testosteron yang menggalakkan pertumbuhan kanser prostat sama ada menerusi pembedahan (membuang testis) atau ubat anti hormon.

Bagaimanapun, walau ia berfungsi menyekat hormon, dalam kebanyakan kes penyakit itu masih boleh terbentuk dalam masa 18 hingga 24 bulan. 

Ketika ini, kemoterapi kategori first-line bagi sel yang merebak selepas ablasi hormon adalah kemoterapi docetaxel (taxotere). Bagaimanapun, malangnya kekebalan terhadap taxotere tetap berlaku.

Dr Adel berkata, pesakit kanser prostat peringkat lanjutan yang penyakitnya merebak ketika atau selepas kemoterapi taxotere tidak punya banyak pilihan rawatan bagi mempertingkatkan kelangsungan hidup dan menikmati kualiti hidup yang baik. Keperluan yang masih tidak mampu dipenuhi ini mendorong pembangunan kemoterapi baru yang kini boleh didapati di negara ini. 

“Cabazitaxel atau nama komersilnya Jevtana adalah taxoid semi sintetik terkini yang baru dilancarkan di Malaysia. Ia terbukti memberikan manfaat dari segi kelangsungan hidup dan mempertingkatkan kualiti hidup pesakit.

“Ia terbukti berkesan pada salah seorang pesakit saya yang pernah gagal menerusi hormonal dan rawatan docetaxel (taxodere). Pesakit ini juga adalah pesakit pertama di Malaysia yang menggunakan kemoterapi baru itu.

“Pesakit ini memulakan rawatan sejak sembilan bulan lalu iaitu pada September 2011. Dia mengadu sakit pada tulang belakang dan menunjukkan bacaan antigen khusus prostat (PSA) yang meningkat. Selepas 11 sesi cabazitaxel (Jevtana), satu sesi setiap tiga minggu dia kini boleh dikatakan hampir bebas dari kesakitan dan bacaan PSA juga menurun.

“Imbasan CT terkini menunjukkan penyakitnya kini terkawal. Rawatan yang dijalani diterima baik dan dengan kesan sampingan yang minimal. Dia kini menikmati kualiti hidup yang baik dan mampu meneruskan aktiviti dan gaya hidup yang normal,” katanya.

Rawatan bagi kanser prostat lanjutan sedang melalui transformasi yang pantas dan semakin maju. Kewujudan ejen kemoterapeutik berasaskan taxane baru ini menunjukkan peningkatan yang bermakna dalam kedua-dua kelangsungan hidup (hidup lebih lama) dan kualiti hidup pesakit.

Hakikatnya, pesakit dengan kanser prostat metastatik lanjutan boleh mendapat manfaat yang penuh daripada kemoterapi cabazitaxel (Jevtana). Cabazitaxel (Jevtana) adalah ejen kemoterapi terkini yang baru saja diluluskan penggunaannya di Malaysia buat pesakit yang selnya merebak ketika atau selepas rawatan taxotere.

Jevtana, kombinasi dengan prednisolone sudah diluluskan pada Jun 2010 oleh US Food and Drug Administration bagi rawatan pesakit dengan prostat kanser lanjutan selepas gagal taxotere.

Teoh gembira hidup baru

PADA usia 68 tahun, Teoh Chin Poon, boleh dianggap sangat bertuah kerana bantuan tiba pada ketika dan masa yang tepat.

Sebagai penghidap kanser prostat pertama di Malaysia yang menggunakan cabazitaxel (Jevtana), beliau mula merasai manfaat yang dimaksudkan Dr Adel selepas 11 bulan menjalani rawatan terapi terbaru itu.

“Saya masih ingat ketika didiagnosa pada 2002 di sebuah hospital di Kuala Lumpur, kanser prostat sudah berada pada tahap kritikal iaitu tahap tiga. Ketika itu saya sangat kurus tapi saya tidak pernah kenal putus asa kerana menganggapnya sebagai penyakit yang tidak terlalu serius,” kata bekas jurutera yang berasal dari Alor Star ini.

Terus bercerita, Teoh akui masih banyak tanda tanya mengenai punca kanser yang dihidapinya itu.

“Ini kerana penyakit ini tiada dalam sejarah keluarga, tetapi abang ipar saya menghidap penyakit yang sama,” jelasnya yang pernah gagal menerusi rawatan ablasi hormon dan terapi docetaxel (taxotere) lantas akhirnya serasi dengan cabazitaxel.

Akibat keadaan kesihatannya yang turun naik sepanjang lapan tahun, Teoh mendapatkan pandangan kedua pakar perubatan dan mengambil keputusan mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Gleaneagles Pulau Pinang.

“Pada mulanya saya hanya mahu berada dekat dengan keluarga yang kebanyakan menetap di utara tanah air, tidak disangka peralihan dari Kuala Lumpur itu bertepatan dengan kewujudan terapi baru ini,” katanya. 

Ketika memulakan rawatan pada September 2011 berat badannya 56 kilogram, kini selepas sesi terakhir pada 17 Mei lalu berat badan Teoh mencecah 66 kilogram kerana selera makan sentiasa terbuka.

Malah datuk kepada seorang cucu ini mengakui gejala yang sentiasa mengganggu semakin berkurang. Jika dulu beliau sering terjaga malam untuk buang air kecil kini semua itu tinggal kenangan.

“Agak mengagumkan kerana sepanjang sesi terapi, saya tidak merasa sakit, malah tiada langsung kesan sampingan seperti pening, loya, muntah mahupun rambut gugur. Malah kelihatan rambutnya semakin hitam dan tebal.

“Saya percaya tiada apa yang lebih bermakna bagi pesakit selain keupayaan terapi ini yang mampu mengurus dan mengawal gejala penyakit serta mengurangkan kesan sampingan sekali gus memberi peluang menikmati kualiti hidup yang bermakna dan normal,” katanya. 

Mahu atasi masalah rahim nipis

- Tiada ulasan

Gambar hiasanGambar hiasan
Soalan:

ASSALAMUALAIKUM doktor, saya sudah genap dua tahun berkahwin dan pernah mengalami keguguran pada 2010. Doktor sudah mengesahkan bahawa keguguran saya tidak memerlukan D&C kerana hasil imbasan menunjukkan bahawa tiada sisa yang tertinggal dalam rahim. 
Kitaran haid saya juga teratur serta tidak mengalami masalah selepas keguguran. Saya juga tidak mengalami masalah senggugut. 

Saya ada berjumpa dengan pakar dan doktor mengatakan bahawa rahim saya dapat menghasilkan telur dengan baik. Sangat jelas kelihatan ketika imbasan dibuat.

Cuma doktor memaklumkan bahawa saya mempunyai masalah rahim yang nipis. Doktor juga sudah memberi pil untuk membantu menebalkan rahim ini. Namun saya tidak mengambilnya dengan cara yang betul iaitu setiap hari selama seminggu.

Apakah saranan doktor supaya masalah rahim nipis ini dapat dirawat dengan lebih berkesan? Terima kasih.

Ingin Tahu 
Jawapan:

ASSALAMUALAIKUM puan, saya beranggapan puan sekarang adalah di bawah pengawasan doktor pakar untuk rawatan ketidaksuburan atau infertility.

Kami akan melakukan imbasan ultrasound dari vagina untuk mengukur ketebalan dinding rahim atau endometrium dan perkembangan folikel atau telur jika seseorang itu diberi ubat kesuburan. Selalunya ubat yang diberi adalah Clomiphene.

Sebenarnya, kami cuba meniru apa yang terjadi secara semula jadi. Kitaran haid wanita adalah secara purata 28 hari di mana dua minggu pertama berada di bawah pengaruh estrogen. Manakala dua minggu akhir berada di bawah pengaruh progesterone. Pada permulaan pertumbuhan folikel-folikel ini, estrogen yang dihasilkan akan merangsang dinding rahim supaya tumbuh dan menebal.

Ini amat penting untuk persediaan menerima embrio nanti. Bukan estrogen saja yang penting, peranan progesterone selepas ovulasi berlaku membuatkan lapisan endometrium atau rahim lebih tebal dan ‘spongy’. Di sini, kita lihat kedua-dua hormon memainkan peranan yang sama dan saling membantu bagi menyediakan ‘tapak semaian’.

Oleh kerana itu, jika estrogen berkurangan pada dua minggu pertama, maka dinding endometrium tidak setebal yang dikehendaki untuk implantasi embrio walaupun progesteron dihasilkan selepas ovulasi. Aktiviti progesterone memerlukan sensitiviti oleh estrogen terdahulu sebelum progesteron dapat melaksanakan tugasnya.

Dari penjelasan saya di atas, puan dapat lihat kenapa kami memberi tablet estrogen selama seminggu sebelum ovulasi terjadi bagi menebalkan dinding rahim puan yang nipis. Dinding endometrium yang tipis sukar untuk embrio melekat dan berkembang. Masalah dinding rahim tipis memang berlaku jika puan mengambil pil clomiphene.

Sifat semula jadi clomiphene iaitu anti-estrogen, maka tidak hairan kalau dinding tidak cukup tebal. Clomiphine akan memenuhi semua reseptor-reseptor estrogen pada hipotalamus dalam otak.

Hipotalamus akan bertindak balas dengan menghasilkan hormon FSH (Follicle Stimulating Hormone) dari Pituitari untuk menghasil lebih banyak lagi estrogen. Penipuan yang dilakukan oleh clomiphne menyebabkan banyak FSH terhasil dan akibatnya lebih banyak folikel-folikel atau telur dari ovari terhasil.

Maka kebarangkalian untuk hamil meningkat. Jadi saranan saya, puan perlu ikut apa yang sudah disarankan oleh doktor.


sumber

Murung ketika hamil

- Tiada ulasan

pix_gal0
ZALINA seorang ibu berkerjaya tidak pernah tahu apa itu gangguan emosi pasca kehamilan kerana tidak pernah melaluinya ketika kehamilan pertama. 

Tuntutan kehidupan berubah mengikut masa. Begitu juga dengan pertambahan ahli baru dalam keluarga. 
Selepas melahirkan anak kedua, Zalina berdepan masalah dari segi penjagaan bayi dan juga pengurusan dirinya. Kelahiran melalui pembedahan perlu mendapat penjagaan yang rapi dan secukupnya, namun Zalina terpaksa menjaga dirinya sendiri termasuk anak pertama selain terpaksa menguruskan kewangan keluarga memandangkan suami walaupun bekerja berpendapatan jauh lebih rendah darinya. Ibu terlalu jauh, ibu mentua pula sudah lama meninggal dunia. Jadi Zalina terpaksa mencari jalan sendiri tanpa menyusahkan orang lain. Menyiapkan air mandi untuk dirinya, memandikan anaknya, memasak dan juga sambil itu mengasuh anak sulungnya yang baru berusia tiga tahun. Terlalu banyak yang perlu difikirkannya sewaktu dalam pantang. Sikap suami yang terlalu bergantung padanya juga tidak banyak membantu. Mana tidaknya, kadangkala hendak beli susu anak pun dia terpaksa ikut dalam keadaan itu. 


Sikap Zalina yang memendam perasaan lama-kelamaan meninggalkan kesan pada dirinya. Dia akan berasa sayu setiap kali senja tiba dan kadangkala mudah menangis. 

Dia berasa sangat keseorangan, selain menganggap diri seperti perempuan dan ibu yang tidak berguna. Beberapa minggu keadaan itu berlarutan dia mula tidak menunjukkan minat pada bayi perempuannya. Suami tidak menyedari kerana sibuk berulang-alik ke tempat kerja yang jauh dari Kuala Lumpur.

Cerita Zalina, ketika ditinggalkan sendirian di rumah, dia pernah terbayang merendam bayinya di dalam besen mandian. 
Dia juga pernah terlintas untuk mencampak bayinya dari tingkat empat pangsapuri yang didiami namun bersyukur kerana cepat tersedar dan memperbanyakkan beristighfar, selawat dan berzikir. 

Sejak mengalami perubahan emosi itu, dia sedar dirinya perlukan bantuan, lantas mengambil inisiatif membuat kajian dan cuba memahami lebih lanjut apakah keadaan yang dialaminya itu. 

Ternyata melalui pembacaan di internet, jiwa dan perasaan Zalina bertambah tenang dan dia mula berani untuk mengajak suaminya berbincang mengenai kesihatan dirinya dan juga perubahan yang perlu dilakukan bersama untuk memastikan kerukunan rumah tangga kekal bahagia. 

Perubahan hormon pengaruhi emosi 

KEHAMILAN adalah masa di mana pasangan terutama yang baru membina rumah tangga berdepan cabaran bersama dalam hubungan. 

Agak lazim bagi pasangan yang bakal bergelar ibu bapa berhadapan banyak keresahan. Oleh itu, mereka berhadapan berbagai-bagai jenis emosi.

Perunding Psikiatri dan Hipnoterapi Klinikal, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Daniel Zainal menjelaskan, emosi berubah-ubah kerana apabila ibu hamil dan melalu peringkat kehamilan, seseorang itu perlu membuat banyak penyesuaian, termasuk perubahan dalam hubungan sebagai suami isteri kerana aktiviti yang dilakukan bersama, tidak lagi sama ketika masih bercinta dan baru berkahwin. 

“Keresahan juga disebabkan perasaan takut kehilangan bayi, takut bertambah gemuk dan tidak menarik lagi.
Malah pada trimester ketiga kehamilan adalah masa berlakunya banyak perubahan fizikal. Keresahan ketika itu banyak berkaitan dengan debaran menanti waktu melahirkan anak. Walaupun sudah beberapa kali bersalin, ibu mungkin dihantui pengalaman lalu yang trauma,” katanya kepada Sihat.

Perubahan emosi selepas bersalin (Postnatal blues) biasanya bermula beberapa hari selepas melahirkan. Jika ia membabitkan keadaan fisiologikal, biasanya keadaan itu hanya berlarutan sehingga 10 hari. Antara 80 hingga 90 peratus ibu akan berdepan sedikit gangguan emosi yang masih di bawah kawalan. 

Keadaan ini disebabkan oleh hormon wanita yang naik mendadak. Sebaik saja melahirkan, hormon itu terus jatuh menjunam. Dalam masa sama, hormon prolaktin (untuk menghasilkan susu) pula akan keluar. 

Biasanya perubahan emosi selepas bersalin ini tidak perlukan rawatan tertentu. Apa yang perlu adalah kasih sayang, sokongan dan perhatian tidak berbelah bagi suami, keluarga dan rakan-rakan.

Kalau berlarutan sehingga dua minggu, gejala kemurungan mula jelas kelihatan. Ia dipanggil tekanan selepas melahirkan (post partum depression). Ia boleh menjadi lebih serius apabila ibu seolah-olah tidak menunjukkan minat pada bayi, ada perasaan negatif terhadap bayi dan paling membimbangkan mencederakan bayi, selain mengabaikan dirinya, hilang minat, tidak rasa seronok, lesu dan tiada motivasi.

“Kadangkala, apabila gejala yang ditunjukkan tidak begitu serius, kita selalu lepas tangan dan anggap ia perkara biasa selepas bersalin. Kerana itu juga kami sentiasa menyarankan pakar obstetrik dan ginekologi untuk melakukan soal selidik ringkas dipanggil Edinburgh Postnatal Depression Scale (EPDS) sebelum pesakit dibenarkan pulang,” jelas Dr Daniel. 

Tambahnya, apabila pesakit mula rasa tidak berguna, ada perubahan dari segi selera, berat badan, tidur, mula terjaga awal dan fikiran sentiasa diasak mengenai kematian atau bunuh diri secara berulang, si ibu ini melalui satu keadaan yang semakin serius.

Psikosis selepas melahirkan (post partum psychosis) adalah lebih serius. Psikosis bermaksud seseorang yang sudah tidak rasional lagi. Keadaan ini bermula dengan mendadak iaitu dalam tempoh 48 jam atau dua minggu pertama selepas bersalin. 

Sebagai contoh, ibu mula mendengar bunyi suara yang orang lain tidak dengar atau halusinasi; mula terbayang sesuatu yang tiada alasan logik (delusi), idea yang tidak betul, paranoia akibat daripada anggapannya yang salah dan mula hendak mengamuk. 

Ketika ini kita perlu tanya ibu, apa perasaannya terhadap bayi. Jika katanya bayi ini menyusahkan atau mahu mencederakan bayi maka ibu perlu disaring, diasingkan daripada bayi dan diberikan bantuan perubatan segera. 

Antara faktor lain tekanan termasuk penurunan mendadak hormon tyroid; perubahan fizikal membuatkan ibu merasa terganggu lebih-lebih lagi dengan rasa sakit bersalin juga peningkatan berat badan hingga mengganggu emosi rasa rendah diri kerana kurang menarik dan menjaga bayi juga membebankan. 

Suami mesti peka

IBU yang baru bersalin perlukan rehat yang banyak. Sebaliknya, kebanyakan ibu sering dalam keadaan keletihan, terutama yang pertama kali berjaga malam kerana bayi meragam dan menyesuaikan diri dengan keadaan baru itu. Sejarah keluarga yang pernah mengalami tekanan dan komplikasi perubatan juga antara faktor risiko yang perlu diambil perhatian. 

Tekanan pasca kehamilan memberi kesan negatif terhadap keupayaan ibu. Ini bukan bermaksud mereka adalah ibu yang tidak baik. Bagaimanapun apabila dilanda gejala tekanan seperti kelesuan, keresahan, tidak selesa, sikap acuh tak acuh dan mudah menangis agak sukar dan hampir mustahil untuk menjaga diri dan bayi dengan baik. 

Secara tidak langsung bayi juga akan mendapat kesannya. Biasanya bayi yang ibunya mengalami tekanan serius cenderung berhadapan masalah kelakuan seperti masalah tidur, baran, agresif dan hyper aktif. 

Amat penting bagi ibu untuk mengamalkan pengurusan diri yang baik, pastikan cukup tidur kerana ia membantu mengurangkan tekanan. Beri ruang untuk diri anda bertenang sambil memanjakan diri seperti pergi ke spa, berurut dan beriadah. 
Namun, semua ini tidak akan berjalan lancar tanpa peranan suami dan keluarga terdekat. Bagi suami pula, bersikap peka, dengar luahan hati isteri, tunjukkan rasa memahami anda dan jangan menilai jika mereka memerlukan bantuan kesihatan.



sumber