Kasi Tembak

Pages

Ahad, 18 Mac 2012

Teringin anak kedua

ASSALAMUALAIKUM doktor, 

SAYA ingin bertanya mengenai tahap kesuburan saya. Saya berkahwin pada Ogos 2006. Selepas dua tahun, saya masih tidak dikurniakan cahaya mata sehinggalah saya mendapatkan rawatan kesuburan. Anak saya kini berusia dua tahun.


Untuk pengetahuan doktor, kitaran haid saya tidak teratur dari awal perkahwinan hingga kini iaitu antara 30 hingga 40 hari dan mengikut doktor perbidanan, saya tidak ada waktu subur.

Doktor juga memberitahu, telur saya tidak matang menyebabkan tidak berlaku percantuman telur dan sperma. 

Buat pengetahuan doktor, ujian sperma suami saya normal dari segi kuantiti, kualiti dan aktiviti. 

Ketika rawatan kesuburan mendapatkan anak pertama, saya menjalani ujian HSG untuk menguji kesihatan tiub fallopian dan ia normal. 

Rahsia Mudah Hamil [klik sini]

Saya diberi pil hormon ‘Clomid’ dan suntikan berikutan percubaan pertama hanya makan pil hormon tidak berjaya dan menyebabkan rahim saya menipis. 
Sehinggalah dengan kuasa Allah saya dapat juga menimang cahaya mata pertama. 

Apa yang memusykilkan saya ialah sehingga kini saya masih berusaha untuk mendapatkan anak kedua tapi masih tidak berhasil. Saya tidak mengambil pil perancang mahupun implan. 

Untuk pengetahuan doktor, berat badan saya 70 kilogram dengan ketinggian 148 sentimeter. Apa yang harus saya lakukan berikutan kos rawatan kesuburan di klinik atau hospital swasta tinggi dan saya dan suami kakitangan kerajaan bergaji rendah. 

Adakah saya perlu kembali menjalani rawatan kesuburan seperti cahaya mata pertama? 

Kelly, Jertih 

ASSALAMUALAIKUM Puan Kelly, 

DIANGGARKAN 15 hingga 20 peratus pasangan yang berkahwin mengalami masalah kesuburan. Dalam setahun usia perkahwinan, anggaran 80 peratus pasangan berjaya mengandung. 

Masalah kesuburan ini agak kompleks kerana ia membabitkan kedua-dua pasangan dan sangat memberi tekanan fizikal, psikologi dan kewangan. 

Masalah puan sukar untuk mengandung kali ini, saya berpendapat adalah masalah ovari puan. 
Ovari puan mengalami kesukaran untuk berovulasi. Ovulasi bermakna terhasilnya benih-benih atau ova untuk persenyawaan dengan sperma. 

Jika dulu puan sudah menjalani ujian HSG dan didapati ia berfungsi dan suami puan juga mempunyai sperma yang mencukupi, maka yang bermasalah adalah ovulasi. 

Saya berpendapat punca utama adalah puan mempunyai BMI yang tinggi. Saya kira BMI puan adalah 32 dan ini berada dalam kategori Obesiti 2. Lemak berlebihan di bawah kulit sintesis hormon estron iaitu sejenis hormon estrogen tetapi ovari menghasil hormon estrogen. Mereka mempunyai fungis yang berlainan. 

Walaupun benih dari ovari ini bercambah setiap bulan, ia tidak mempunyai kualiti yang baik untuk persenyawaan. Jika dikira kitaran haid puan ,ia panjang dan tidak menentu. Bila ovulasi sukar berlaku atau tidak berlaku, maka kitaran ini agak panjang dan haid turun dengan banyak. 

Rahsia Mudah Hamil [klik sini]

Kebiasaannya mereka yang mempunyai kitaran setiap 28 hari waktu subur bermula dari hari ke 11 dan berakhir pada hari 17 setiap bulan. 

Puan perlu rekodkan purata kitaran haid puan. 

Contohnya, kitaran haid puan purata kitaran adalah 35 minggu. Kebiasaan ovulasi berlaku 14 hari sebelum haid. Pada tarikh jangkaan ovulasi berlaku puan boleh bersama suami untuk mencubanya. Di farmasi ada set-set penentuan kesuburan yang puan boleh beli dan kira. 

Di sini, saya cadangkan puan mencuba mengurangkan kadar BMI puan ke tahap yang mana kitaran puan boleh berlaku setiap 28 hari. Ini mungkin memerlukan pengurangan sebanyak 10 peratus dari berat sekarang. 

Kalau turun ke tahap BMI yang normal iaitu 25, mungkin agak sukar tetapi tidak mustahil. Ada beberapa pesakit saya bersungguh-sungguh menurunkan berat badan daripada mengandung tanpa bantuan ubat kesuburan. 

Begitulah pentingnya kaitan barat badan dengan kitaran haid dan kesuburan. Selain itu, puan akan mendapat kebaikan kesihatan yang lain sekiranya puan cergas dan sihat tanpa penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan kadar kolesterol yang tinggi. 

Rahsia Mudah Hamil [klik sini]

Sekiranya puan betul sukar untuk mengandung selepas BMI puan menjadi normal, kemudian barulah puan mencuba semula clomib atau suntikan bagi mengeluarkan benih ini. Puan faham yang Clomid boleh menyebabkan berat badan meningkat sekiranya diambil banyak kali. Puan juga tahu betapa sukarnya doktor untuk menghasilkan benih jika BMI kita tinggi. 

0 on: "Teringin anak kedua"