Kasi Tembak

Ahad, 18 Mac 2012

Masalah Keputihan

Masalah keputihan dan jangkitan kuman
“Keputihan’ yang disebabkan oleh keluaran lendir dari faraj seringkali menimbulkan kerunsingan dan ketakutan di kalangan wanita-wanita.
Perkara yang paling ditakuti sekali ialah jangkitan kuman (venereal disease) seperti siplis dan gonorrhea iaitu penyakit –penyakit yang dijangkitkan menerusi hubungan seks. Perkara lain yang merunsingkan wanita ialah kemungkinan beliau mengidap penyakit kanser pada bahagian peranakan. Bagi gadis-gadis yang belum berkahwin, pengeluaran keputihan menimbulkan persoalan samadamereka mengidap penyakit yang mengancam kesuburan mereka di masa hadapan kelak.

Rawatan Keputihan [klik sini]

1. Peranan lendir di dalam faraj
Pengeluaran lendir keputihan dari kemaluan tidak semestinya menandakan penyakit. Disebaliknya ia mungkin tanda seperkara yang biasa sahaja. Lendir dikeluarkan oleh faraj dan pangkal rahim untuk tujuan tertentu. Ia dikeluarkan oleh sel-sel dan kilang-kilang khas pengeluar lendir.
Lendir ini mempunyai tugas pelindung kepada sel-sel dan dinding saluran faraj. Jika tanpa lendir, sel-sel tersebut akan menjadi kering dan rosak. Kekeringan faraj sering dialami oleh wanita-wanita yang telah putus haid (menopause) dan iini boleh menimbulkan masalah seperti rasa sakit sewaktu bersetubuh dan terkeluarnya darah dari dinding faraj.
Lendir faraj juga mempunyai peranan penting dalam peranan persetubuhan dan pengeluaran lendir bertambah banyak ketika naik syahwat dan ketika bersetubuh. Dalam keadaan demikianlendir adalah dikeluarkan oleh kilang-kilang lendir yang khusus dan terletak di bibir faraj. Keluaran lendir dari faraj yang berlebihan boleh berlaku di kalangan gadis-gadis yang sedang di alam percintaan dan gadis-gadis yang tinggi syahwatnya.
Pangkal rahim (cervix) juga mengeluarkan lendir denga tujuan-tujuan tertentu. Lendir pangkal rahim memainkan peranan dalam percantumandi antara benih lelaki (sperm) dan benih perempuan (ovum) di dalam proses persenyawaan.
Lendir ini mempunyai daya untuk membekal makanandan tenaga kepada benih-benih lelaki untuk beberapa hari dalam keadaan hidup jika sperma terletak di dalam lendir di pangkal rahim (pada kebiasaannya benih lelaki hanya hidup di antara 24-28 jam sahaja). Sifat dan keadaan lendir di pangkal rahim berubah dengan pusingan haid oleh sebab terpengaruh dengan perubahan paras hormon.

Rawatan Keputihan [klik sini] 
2. Apakah yang mengawal pengeluaran lendir?
Pengeluaran lendir dari faraj adalah dipengaruhi oleh paras-parashormon-hormon iaitu estrogen dan progesteron di dalam darah wanita. Hormon-hormon tersebut menambah bilangan kilang-kilang lendir dan membesarkan saluran-salutran kilang tersebut. Kenaikan dalam paras hormon tersebut , menambahkan lagi pengeluaran lendir dari dinding faraj dan pangkal rahim.
Keadaan ini sering kita temui apabila seorang wanita hamil. Ketika kehamilan kandungan hormon-hormon estrogen dan progesteron meningkat naik dan ini seringkali menyebabkan pengeluaran lendir yang berlebihan dari biasa.
Keadaan yang sama seringkali dialami oleh wanita-wanita yang memakan pil perancang keluarga keranapil tersebut mengandungi kedua jenis hormon etsrogen dan progesteron. Wanita-wanita yang sedang dalam rawatan dengan ubat-ubat hormon oleh sebab penyakit-penyakit yang tertentu sepertiendometriosis kadang-kala juga mengalami pengeluaran lendir yang berlebihan.
Keadaan-keadaan tersebut di atas adalah dianggap sebagai fisiologi atau biasa dan tidak perlu merasa gempar atau bimbang.
Pengeluaran lendir yang berlebihanjuga boleh berlaku kerana gangguana jiwa seperti keadaan yang menimbulkan kesedihan atau kegembiraan yang amat sangat. Begitu jugawanita-wanita yang bekerja kuat dan memerlukan tenaga fizikal yang banyak, pengeluaranlendir yang berlebihan juga boleh berlaku.
Sifat lendir yang normal
Pada kebiasaannya sifat dan rupa lendir atau keputihan itu adalah jernih , cair tanpa berbau dan tidak diiringi rasa gatal.

3. Keputihan sebagai tanda penyakit
Pengeluaran lendir atau keputihan boleh menandakan sejenis penyakit pada faraj dan sistem peranakan. Di dalam keadaan sedemikian, pada kebiasaannya lendirnya bersifat putih pekat, kelihatan seperti nanah, seringkali berbau busuk serta diiringi rasa gatal-gatal pada sekeliling faraj. Adakalanya warna lendir itu berwarna kemerahan atau coklat kerana bercampur darah. Ini adalah tanda yang perlu diawasi kerana ada kemungkinan besar ada sejenis jangkitan kuman berlaku.

Rawatan Keputihan [klik sini] 
4. Jenis-jenis jangkitan kuman
Beberapa jenis kuman boleh menjangkiti faraj, rahim dan saluran fallopian. Sesetengah daripada jangkitan kuamn hanya terhad kepada faraj tanpa melibatkan rahim dan saluran fallopian. Keadaan ini tidak begitu membahayakan. Tetapi apabila jangkitan kuman merebak kepada saluran fallopian di antara perkara-perkara yang akan timbul dalam jangka-masa panjang ialah kemandulan, masalah haid, kesakitan dan lain-lain.

i. Kuman
Kuman bakteria jenis E-coli adalah kuman yang sering menjangkiti kemaluan dan perkakas peranakan. Kuman-kuman yang lain yang merbahayakan ialah kuman gonorrhea dan siplis. Kuman yang digelar dengan nama ‘Trichomonas’ sering juga menjangkiti kemaluan dan menyebabkan pengeluaran lendir yang berwarna kehijauan dengan disertai gatal-gatal dan bau busuk

ii. Kulat
Kulat yang digelar dengan nama ‘Monilia’ atau ‘candida’ sering menjangkiti wanita yang sedang hamil atau mengidap kencing manis.

iii. Virus
Virus seperti ‘herpes’ dan ‘chlamydia’ sering menjangkiti kemaluan dan perkakas peranakan.

5. Apakah bahaya jangkitan kuman
Di antara-antara penyakit jangkitan kuman terdapat beberapa jenis yang membahayakan terutama jika ia menyerang saluran fallopian. Ia menyebabkan kemandulan , kesakitan ketika haid, pendarahan yang banyak selepas persetubuhan. Kuman yang hanya menyerang faraj dan pangkal rahim kurang merbahaya kerana masalah-masalah yang ditimbulkan adalah kecil iaitu sakit sewaktu bersetubuh, pendarahan selepas bersetubuh. Tetapi ia jarang menyebabkan masalah-masalah yang teruk dan kemandulan.

Rawatan Keputihan [klik sini] 

6. Bagaimana kuman berjangkit?
Wanita-wanita yang hamil, selepas bersalin , selepas gugur, memakan pil perancang keluarga, memakai alat dalam rahim seperti IUD dan lepas putus haid mempunyai lebih risiko untuk dijangkiti kuman.
Kebanyakan jangkitan kuman adalah hasil dari perhubungan seks.. Oleh itu adalah tidak memeranjatkan jika penyakit  tersebut lebih sering dihadapi  oleh wanita-wanita pelacur dan mereka yang mengamalkan seks rambang (promiscuity)  
Pasangan lelaki atau suami boleh mengidap penyakit yang sama khususnya ‘gonorrhea walaupun tidak mengalami apa-apa tanda penyakit tetapi ia hanya menyimpan kuman tersebut di dalam kemaluannya dan boleh menjadi sumber penularan dari satu mangsa ke mangsa lain.

Rawatan Keputihan [klik sini] 

0 on: "Masalah Keputihan"