Kasi Tembak

Pages

Ahad, 13 April 2014

Lapan Tips Untuk Mudah Hamil

Ada juga kawan-kawan yang bertanya
“Bagaimana saya boleh mengandung?
Tak kurang yang menanyakan soalan seperti:
  • bilakah saat terbaik untuk melakukan hubungan seks?
  • berapa kali perlu dilakukan?
  • posisi dan cara?
  • kaedah terbaik semasa hubungan seks?
Untuk digelar sebagai ibu hamil, di sini ada beberapa tips senang hamil yang berguna.

1. Masa Terbaik Melakukan Hubungan Kelamain

Iaitu pada waktu wanita subur (masa pengeluaran telur @ ovulasi).Cuba dapatkan ovulation kit di farmasi.Alat ini boleh memberitahu bilakah masa kesuburan.Telur matang boleh hidup 24 jam ,sperma pula 48 hingga 72 jam dalam tubuh wanita. Oleh itu,lakukanlah hubungan seks sebelum saat ovulasi.

2. Kekerapan Melakukan Hubungan Kelamain

Tiada bukti tepat yang dapat memastikan berapa kerap seseorang itu harus melakukan hubungan untuk hamil.Namun yang mesti diingat ialah “berapa kerap” anda melakukan hubungan pada ” waktu subur”. Sebab,kalau anda buat seks banyak kali pun, tetapi bukan pada masa anda (isteri) subur, peluang untuk mengandung tetap tipis.

3. Capai Klimaks Bersama

Bila wanita klimaks, alkaline akan terbentuk pada vagina.Suami juga mesti bersamaan klimaksnya supaya sperma selamat sampai di servik rahim dengan mudah.

4.Suami Di atas

Untuk anda mudah hamil, suami harus berada diatas. Letakkan bantal kecil di bawah pinggul anda, supaya ianya dapat menampung sejumlah sperma selama 15 minit atau lebih selepas anda berdua mencapai klimaks bersama sama. Jangan guna bantal besar dan terlalu tinggi. Sebab sperma boleh terkumpul dibelakang rahim sahaja menjadikanya sukar untuk berenang dan bergabung degnan sel telur.
Posisi seksual yang perlu dielakkan pula adalah wanita di atas, duduk atau berdiri.

5. Kurangkan Gerakan

Cuba beri masa untuk sperma berenang.Dan jika mahu bersihkan vagina bersihkan dengan air biasa sahaja.

6. Untuk Suami

Pakai seluar dalam yang tidak ketat atau mandi air panas.

7. Relaks Tangani Stress:-

Suami isteri perlu sentiasa tenang dan tabah dalam menghadapi apa jua stress @ tekanan. Ini kerana stress atau tekanan terhadap sesuatu masalah ini mampu menurunkan keupayaan untuk hamil.

8. Jaga Kesihatan

Pastikan tubuh anda cukup nutrisi. Perlu diingatkan bahawa wanita yang sihat akan lebih mudah hamil daripada yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau kurang.
Untuk pengetahuan hanya 30% sahaja dari jumlah sperma akan sampai ke telur di dalam rahim
Rezeki mendapatkan anak adalah ketentuan dan anugerah Allah, jadi anda harus juga berdoa.
Jika topik ini berfaedah kepada anda,kongsikanlah dengan kawan kawan yang juga ingin hamil seperti anda.

1 on: "Lapan Tips Untuk Mudah Hamil"
  1. Nice sharing. Anak adalah anugerah yang biasanya sentiasa ditunggu-tunggu setiap pasangan yang sudah berkahwin

    BalasPadam