Kasi Tembak

Pages

Rabu, 2 April 2014

Pelega Kesakitan Ketika Bersalin .

Mungkin susah untuk anda mengetahui apakah jenis pelega kesakitan yang harus dipilih sebelum bersalin, kerana anda tidak tahu kesakitan yang bakal anda hadapi. Satu-satunya perkara yang anda patut baca adalah tentang jenis-jenis pelega kesakitan yang berbeza supaya anda akan mengetahui pilihan anda apabila masanya tiba.



Penerangan ringkas yang paling lazim tentang pelega kesakitan adalah seperti di bawah. Bercakaplah dengan pegawai penjaga materniti (LMC) sekiranya anda perlukan maklumat lanjut tentang kebaikan dan keburukan pelega kesakitan.  

Pelega kesakitan bebas dadah â€¢ Urutan : terutamanya pada belakang, di bahagian bawah amat melegakan sewaktu bersalin. Inilah masanya untuk pasangan anda membantu! Urutan dapat menenangkan anda sepanjang waktu bersalin. • TENS (transcutaneous electrical nerve stimulation): Mesin ini membantu menghasilkan getaran yang membantu menstimulasikan saraf pada bahagian belakang anda melalui empat elektrod. Ia dapat melegakan kesakitan dan mengurangkan kesakitan yang berkumpul sewaktu kontraksi. • Haba : pek berisi air suam / tungku dapat melegakan kesakitan sewaktu peringkat awal pengenduran. • Air suam : mengapungkan diri dalam air suam melegakan ketegangan dan menenangkan anda. • Aromaterapi dan bunga bach : penawar bunga Bach seperti penawar kecemasan lain yang diminum daripada gelas juga dapat membantu. Minyak aromaterapi yang menenangkan seperti lavender juga boleh digunakan, samada di dalam alat pembakar ataupun pada saputangan. • Akupunktur atau acupressure : Kajian baru-baru ini mendapati bahawa wanita yang menggunakan akupunktur kurang memohon penggunaan pelali dan mereka lebih tenang dalam menghadapi saat-saat kelahiran. Akupunktur tidak mempunyai kesan-kesan sampingan dan tidak akan menjejaskan kandungan.  

Pelega kesakitan dengan rawatan berunsurkan dadah/ubat-ubatanGas Nitrus Oksida : dikawal oleh wanita yang menjalani rawatan ini, dia akan bernafas dengan gas ini melalui alat pernafasan pada permulaan kontraksi. Gas ini tidak akan memberi kesan kepada bayi dan akan meninggalkan sistem pada badan ibunya sebaik sahaja ia memasuki badan. • Pethidine : diberikan melalui suntikan pada pungguung untuk kesan yang perlahan, atau disuntik pada pembuluh darah bagi kesan serta-merta. Pethidine melegakan kesakitan sewaktu kontraksi sebaik sahaja mula bersalin, dan ia membantu wanita bertenang dalam proses ini. Walau bagaimana pun, ubat ini akan menjangkaui plasenta dan doktor mengelakkan daripada memberi ubat ini dalam masa sejam sebelum bersalin kerana ia akan membuatkan bayi anda mengantuk dan tidak berupaya untuk menentukan pola bernafas. • Epidural : suntikan bius ini diberi pada bahagian bawah belakang, dan biasanya diberikan kepada wanita yang mengalami proses bersalin yang terlampau panjang dan tidak menunjukkan sebarang kemajuan. Suntikan ini dapat menyahkan kesakitan, jadi anda tidak akan merasakan sebarang kontraksi. Ia mengambil masa 20 minit untuk diberikan dan lebih kurang lagi 5-20 minit untuk mula berkesan. Secara umumnya, kesannya akan hilang dalam masa beberapa jam. Ubat bius ini tidak akan menjangkaui plasenta, dan tidak akan memberi kesan kepada bayi secara langsung.

sumber

0 on: "Pelega Kesakitan Ketika Bersalin . "