Kasi Tembak

Selasa, 14 Mei 2013

Berus gigi dengan betul

* Dua Minit, Dua Kali Sehari Memberus gigi adalah sesuatu yang dipelajari sejak kecil lagi. Mempelajari bagaimana untuk memberus gigi dengan betul adalah langkah pertama untuk mencapai gigi dan gusi yang sihat. Cara yang betul memberus gigi hanya memerlukan hanya dua minit menggunakan teknik memberus yang betul meskipun ramai yang memberus kurang dari dua minit. Kebanyakan dewasa memberus kurang dari seminit, satu tempoh yang tidak cukup untuk membersihkan gigi. Memandangkan kebanyakan berus gigi manual tidak mempunyai pemasa dua minit terbina dalam, anda mungkin mahu melihat kepada jam untuk memastikan anda memberus mengikut tempoh yang ditetapkan. Jika difikirkan, menghabiskan 30 saat untuk setiap kuadran mulut (atas kanan, atas kiri, bawah kanan dan bawah kiri) setiap pagi dan malam adalah memadai, bukan? * Sebelum Anda Bermula Terdapat pelbagai kaedah memberus gigi menggunakan berus manual. Sekiranya anda tidak pasti atau keliru, tanyalah pakar pergigian untuk mendapatkan nasihat. Sebagai permulaan, gunakan ubat gigi berfluorida dengan berus gigi yang lembut. Semasa memberus, anda perlu mengelak menggunakan tekanan tetapi gunakan gerakan pendek yang lembut. Tumpukan kepada kawasan yang sukar dicapai (makanan/kotoran mendap) adalah penting. Jangan lupakan permukaan menggigit, di samping gusi atas dan bawah. Sekiranya anda menumpukan kepada semua kawasan mulut, anda akan akan membersih dengan sempurna dengan berus gigi seperti mengilat semua sisi kereta anda. Di samping teknik memberus gigi yang betul, anda juga perlu menggunakan ubat gigi yang betul. Terdapat pebagai jenis ubat gigi di pasaran yang direka untuk membantu anda dalam pelbagai keadaan. Terdapat ubat gigi anti pereputan (berfluorida), ubat gigi untuk gigi sensitif, ubat gigi anti-plak, ubat gigi kawalan tartar (anti-culculus) dan ubat gigi memutih. Ubat gigi adalah cara terbaik untuk melindungi gigi, jadi anda harus sentiasa merujuk kepada pakar pergigian untuk mengetahui ubat gigi yang sesuai dengan anda. Untuk mendapatkan yang terbaik daripada proses memberus gigi, anda perlu memiliki berus gigi yang baik. Terdapat pelbagai model untuk dipilih, menjadikan sukar untuk memilih yang terbaik untuk anda. Apabila anda membuat keputusan, anda perlu melihat kepada berus yang lembut. Berus yang lembut adalah baik untuk gusi anda dan akan menanggalkan plak dan kotoran dengan lebih berkesan. Kepala berus yang kecil juga lebih berfaedah kerana ia dapat mencapai tempat yang sukar dicapai. Anda juga perlu ingat untuk menukar berus beberapa bulan sekali kerana berus mampu menyimpan kuman dan sesetengah kuman adalah kuat dan mampu menjadikan anda sakit. Ia adalah satu langkah pencegahan yang baik. Berus gigi yang menunjukkan kesan lusuh harus diganti kerana ia akan merosakkan gusi. Sekiranya berus mulai lusuh, ia tidak lagi berkesan untuk menanggalkan plak jadi mengapa simpan? Posisi Berus Gigi Bagaimana anda memegang berus gigi bergantung kepada bahagian gigi yang hendak diberus. Langkah 1: Mulakan dengan permukaan luar dan dalam dan berus pada sudut 45 darjah dengan gerakan yang pendek bertentangan dengan gusi. Pastikan anda memberus sehingga ke belakang gigi. Langkah 2: Berus pada permukaan mengunyah. Pegang berus anda rata dan berus sepanjang permukaan. Langkah 3: Apabila anda memberus bahagian dalam gigi hadapan, pusing berus secara menegak dan gunakan gerakan lembut ke atas dan bawah dengan hujung berus. Langkah 4: Pastikan anda memberus dengan lembut sepanjang garisan gusi. Langkah 5: Berus lidah dengan gerakan ke depan dan belakang untuk menanggalkan cebisan makanan dan menanggalkan bakteria yang menyebabkan bau mulut busuk. Memberus gigi dapat membantu menjadikannya sihat, mengelakkan pembentukan plak dan tartar. Perlu diingat bahawa memberus gigi dapat membantu menyihatkan gigi namun anda masih perlu menjalani pemeriksaan rutin dengan pakar pergigian. Sekiranya anda menjaga gigi anda dan memberus dengan kerap, anda akan mengelak daripada jangkitan dan kaviti. Malah, ia dapat mengurangkan risiko penyakit gusi yang menjadi punca kerosakan gigi. Kini anda telah mengetahui cara yang betul untuk memberus, pastikan anda mengamalkannya setiap hari untuk membiasakan diri dengannya. Ia adalah satu cara mudah untuk memastikan kesihatan gigi dan gusi anda. * DR. FAIZ KHALEED merupakan jurucakap bagi kempen Oral-B, �Complete Care for a Confident Smile". Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130512/kn_03/Berus-gigi-dengan-betul#ixzz2TKedHneH © Utusan Melayu (M) Bhd

0 on: "Berus gigi dengan betul"