Kasi Tembak

Pages

Jumaat, 5 Januari 2018

Penjagaan Bahagian Sulit Wanita



Buat wanita, penjagaan bahagian sulit perlulah diberi perhatian  teliti, lebih-lebih lagi wanita yang sudah pun berkahwin. Pastinya anda mahukan bahagian tersebut sentiasa rapi dan bersih setiap kali berhadapan dengan suami di kamar tidur.

Qaz Beauty akan kongsikan cara penjagaan alat sulit wanita serta petua yang boleh anda praktikkan untuk kesempurnaan dan kebersihan menyeluruh bahagian intim.



  1. Bilas bahagian luar dan dalam alat sulit dengan air bersih setiap kali selepas membuang air kecil mahupun besar. Elak guna tisu basah kerana dikhuatiri tidak dibersihkan dengan betul dan mungkin boleh mengakibatkan jangkitan kuman.

  1. Elak dari menggunakan sabut mandian untuk mencuci alat sulit kerana ia boleh menyebabkan kulit di bahagian tersebut mengalami masalah kering dan dehidrasi. Seterusnya mengundang masalah iritasi.

  1. Tukar tuala wanita dengan sekerapnya ketika menstruasi. Ia dapat mengelakkan pembiakan kuman yang mudah tersebar menerusi darah. Juga digalakkan penukaran seluar dalam jika diperlukan ketika hari-hari permulaan menstruasi.

  1. Tukar panty liner dengan lebih kerap agar bahagian sulit sentiasa bersih dan terjaga dari masalah kuman.

  1. Jika anda sering memasukkan jirusan air terus dari paip ke dalam faraj dengan tujuan untuk membersihkan bahagian tersebut, hentikan tabiat itu sert merta. Ini kerana ia akan menyebabkan penyingkiran sejenis bakteria yang dipanggil loctobacili dari faraj. Bahkan, ia juga boleh menyebabkan faraj terdedah pada bahan kimia.

  1. Pastikan anda menukar seluar dalam setiap hari selepas mandi.

  1. Bagi wanita yang sudah berkahwin, cuci bahagian intim sebelum dan selepas sesi hubungan seks bersama pasangan. Juga buang air kecil selepas lebih kurang setengah jam sesi hubungan intim kerana ini boleh mengurangkan risiko jangkitan kuman pada pundi kecil.

  1. Sentiasa peka pada sebarang perubahan di bahagian alat sulit. Jika mengalami sebarang masalah seperti keputihan melampau, iritasi atau mungkin bernanah, sebaiknya terus berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut.

  1. Jangan sekali berkongsi alat pencukur dengan sesiapa sahaja kerana ia boleh menyebabkan jangkitan penyakit seperti Hepatitis B.



Petua Tradisional:

  • Ambil secekak pucuk pegaga berserta akarnya sekali dan cuci dengan air sehingga bersih. Rebuskan pegaga tersebut dengan dua gelas air kosong serta campurkan sedikit garam. Setelah air campuran tersebut masak, biarkan ia sejuk dan tapis air rebusan itu. Amalkan meminum air rebusan tersebut dua kali sehari. Ia dikatakan mampu menyelesaikan masalah keputihan.

  • Dapatkan 12 helai daun sirih dan cuci bersih. Ambil seliter air kosong dan ramaskan daun sirih tersebut dengan air tersebut. Kemudian tapiskan air yang sudah diramas dengan daun sirih tersebut dan gunakan untuk mencuci bahagian kemaluan wanita.

  • Ambil beberapa helai pucuk kaduk yang tua dan rebus. Sejukkan air rebusan tersebut dan gunakan untuk mencuci bahagian kemaluan ketika membuang air kecil atau selepas datang haid. Ia dapat mengurangkan keputihan dan menghilangkan rasa gatal pada bahagian sulit.







0 on: "Penjagaan Bahagian Sulit Wanita"