Kasi Tembak

Pages

Jumaat, 22 Disember 2017

Wanita Perlu Tidur Lebih Lama Dari Lelaki

Mengapa wanita perlu tidur lebih lama dari lelaki? Mengikut satu kajian oleh pakar dari USA, mendapati bahawa wanita memerlukan masa yang lebih banyak berbanding lelaki untuk memulihkan semula otak yang bekerja keras di siang hari.
Wanita yang tidak mendapat tidur yang cukup akan cenderung untuk  mengalami kemurungan yang akan menyebabkan dia sering marah-marah. Tidak cukup tidur bagaimanapun tidak memberi kesan kepada lelaki. Menurut kajian itu juga, kurang tidur akan meningkatkan risiko sakit jantung, sakit mental, strok dan radang dalam tubuh.

Wanita yang kurang tidur cenderung untuk mendapat radang yang teruk sehingga menyebabkan badan terasa sakit ketika bangun seterusnya akan menjejaskan kesihatan.
Mengikut pandangan Dr. Michael Breus, kaum wanita bagaimanapun boleh mengelak masalah ini dengan ‘power nap’ iaitu tidur sekejap pada waktu siang (tidak melebihi 90 minit).
Ketika sedang tidur nyenyak, korteks, iaitu bahagian otak yang bertanggung jawab untuk berfikir, memori, bahasa, dan seterusnya, memisahkan dirinya daripada deria dan masuk ke dalam bahagian pemulihan. Lebih banyak otak digunakan pada waktu siang, lebih banyak masa diperlukan untuk ia pulih, maka lebih banyak tidur yang diperlukan.
Oleh sebab itu, Lelaki kenalah faham kenapa Wanita perlu tidur lebih lama dan lebih kerap berbanding lelaki. Lelaki sepatutnya menggalakkan Wanita mereka untuk tidur lebih lama dan lebih kerap.

0 on: "Wanita Perlu Tidur Lebih Lama Dari Lelaki"