Kasi Tembak

Pages

Ahad, 13 April 2014

Lapan Tips Untuk Mudah Hamil

- 1 ulasan

Ada juga kawan-kawan yang bertanya
“Bagaimana saya boleh mengandung?
Tak kurang yang menanyakan soalan seperti:
  • bilakah saat terbaik untuk melakukan hubungan seks?
  • berapa kali perlu dilakukan?
  • posisi dan cara?
  • kaedah terbaik semasa hubungan seks?
Untuk digelar sebagai ibu hamil, di sini ada beberapa tips senang hamil yang berguna.

1. Masa Terbaik Melakukan Hubungan Kelamain

Iaitu pada waktu wanita subur (masa pengeluaran telur @ ovulasi).Cuba dapatkan ovulation kit di farmasi.Alat ini boleh memberitahu bilakah masa kesuburan.Telur matang boleh hidup 24 jam ,sperma pula 48 hingga 72 jam dalam tubuh wanita. Oleh itu,lakukanlah hubungan seks sebelum saat ovulasi.

2. Kekerapan Melakukan Hubungan Kelamain

Tiada bukti tepat yang dapat memastikan berapa kerap seseorang itu harus melakukan hubungan untuk hamil.Namun yang mesti diingat ialah “berapa kerap” anda melakukan hubungan pada ” waktu subur”. Sebab,kalau anda buat seks banyak kali pun, tetapi bukan pada masa anda (isteri) subur, peluang untuk mengandung tetap tipis.

3. Capai Klimaks Bersama

Bila wanita klimaks, alkaline akan terbentuk pada vagina.Suami juga mesti bersamaan klimaksnya supaya sperma selamat sampai di servik rahim dengan mudah.

4.Suami Di atas

Untuk anda mudah hamil, suami harus berada diatas. Letakkan bantal kecil di bawah pinggul anda, supaya ianya dapat menampung sejumlah sperma selama 15 minit atau lebih selepas anda berdua mencapai klimaks bersama sama. Jangan guna bantal besar dan terlalu tinggi. Sebab sperma boleh terkumpul dibelakang rahim sahaja menjadikanya sukar untuk berenang dan bergabung degnan sel telur.
Posisi seksual yang perlu dielakkan pula adalah wanita di atas, duduk atau berdiri.

5. Kurangkan Gerakan

Cuba beri masa untuk sperma berenang.Dan jika mahu bersihkan vagina bersihkan dengan air biasa sahaja.

6. Untuk Suami

Pakai seluar dalam yang tidak ketat atau mandi air panas.

7. Relaks Tangani Stress:-

Suami isteri perlu sentiasa tenang dan tabah dalam menghadapi apa jua stress @ tekanan. Ini kerana stress atau tekanan terhadap sesuatu masalah ini mampu menurunkan keupayaan untuk hamil.

8. Jaga Kesihatan

Pastikan tubuh anda cukup nutrisi. Perlu diingatkan bahawa wanita yang sihat akan lebih mudah hamil daripada yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau kurang.
Untuk pengetahuan hanya 30% sahaja dari jumlah sperma akan sampai ke telur di dalam rahim
Rezeki mendapatkan anak adalah ketentuan dan anugerah Allah, jadi anda harus juga berdoa.
Jika topik ini berfaedah kepada anda,kongsikanlah dengan kawan kawan yang juga ingin hamil seperti anda.

Rabu, 2 April 2014

Makanan Sihat Untuk Ibu Hamil Muda

- Tiada ulasan


Saat awal-awal kehamilan bagi ibu tentunya janganlah alpa dalam memilih makanan, kerena akan berpengaruh pada janin, dan untuk itu ada beberapa makanan sehat untuk ibu hamil muda yang perlu diperhatikan untuk menjaga kesehatan ibu dan juga janin.

Makanan sihat sangat diperlukan ibu hamil terutama pada masa awal kehamilan yang rentan mengalami keguguran. Jadi kondisi fizikal dan batin harus dijaga dengan baik agar tidak berpengaruh pada kesihatan kandungan. Umumnya masa hamil muda sering terasa mual dan muntah, dan lebih diperburuk lagi apabila kurang makan yang mengakibatkan perut kosong. Keadaan seprti ini dapat dihindari dengan sering makan namun dalam kuantiti yang ringan.

Meskipun ibu hamil merasakan mual yang berpanjangan, usahakan tetap makan makanan yang sehat dan bergizi karena gizi makanan sangatlah berpengaruh pada perkembangan janin ditubuh ibu. Makanan yang sehat dan bergizi sangat penting bagi ibu hamil, karena makanan tersebut berfungsi bagi ibu hamil untuk memperbaiki mutu dan jumlah air susu dan menjaga stabilitas tekanan darah serta pertumbuhan plasenta.

Berikut gizi yang wajib tersedia pada menu makanan sehat untuk ibu hamil muda, yaitu;Makanan Sehat untuk ibu Hamil

Karbohidrat
Karbohidrat terdiri dari makanan seperti nasi, ubi, ketela, jagung, gandum, dan kentang. Yang mana makanan mengandung karbohidrat ini berfungsi untuk tumbuh kembang janin agar dapat mencapai minimal 2,5 kg.

Protein
Ketika sedang dalam masa hamil hendaknya ibu mendapatkan protein yang diperoleh dari kedelai, telur, daging, dan jenis kacang-kacangan. Karena pertumbuhan janin di dalam perut sangat memerlukankan protein.

Vitamin
Bagi ibu hamil hendaknya mengkonsumsi jenis makanan seperti buah, daging, susu, ikan, kacang-kacangan, telur, sayur-sayuran, dan yoghurt. Dimana pada makanan tersebut terdapat berbagai jenis vitamin yang diperlukan seperti vitamin B1, B2, B6, B12, D dan asam folat. Yang mana masing-masing vitamin tersebut mempunya fungsi sebagai sumber tenaga, mengatur pemanfaatan protein dalam tubuh, penyerap kalsium serta pembentukan sel darah.

Zat Besi
Selin tiu pula zat besi sangatlah diperlukan bagi ibu hamil, dimana kandungan zat besi dapat diperolah dari makanan seperti sayuran, hati, dan daging. Dimana zat besi inu juga diperlukan oleh plasenta. Bayi mendapatkan oksigen dan gizi dari makanan yang dikonsumsi sang ibu melalui plasenta. Jadi kesehatan plasenta sanagtlah penting bagi pertumbuhan bayi.

Air Putih
Air putih juga merupakan bahagian terpenting untuk menjaga kesehatan. Pada dasarnya dalam kondisi normal kita biasanya memerlukan 8 gelas air perhari. Namun ketika masa hamil keperluan air akan lebih banyak. Karena ibu hamil lebih sering berkeringat dan buang air kecil. Jadi minumlah air putih dengan sering untuk membantu mengatasi dehidrasi saat masa hamil.

Makan sehat untuk ibu hamil mudaNah itulah beberapa makanan sehat untuk ibu hamil muda, semoga bermanfaat bagi ibu-ibu yang sedang menjalani masa kehamilan.

sumber

Tanda-tanda Keguguran

- Tiada ulasan

Gejala dan tanda keguguran termasuk:

  • Pendarahan. Pendarahan faraj yang mungkin sedikit atau banyak yang menjadi lebih kerap dan sekali sekali. Walaupun pendarahan merupakan salah satu tanda keguguran, ia juga boleh terjadi pada kehamilan yang normal. Tetapi kalau ia disertai dengan rasa tidak selesa pada bawah perut, kemungkinan besar keguguran akan terjadi.
  • Sakit. Anda mungkin mengalami kejang pada pelvis, sakit perut yang berterusan atau sakit pada bawah belakang. Sakit mungkin berterusan sehingga beberapa hari sebelum atau selepas pendarahan terjadi.
  • Darah ketul dan tisu seperti daging keluar dari faraj
    Kadang-kadang agak sukar untuk menentukan dengan tepat samada keguguran sudah terjadi atau tidak, terutamanya apabila tanda yang timbul tidak begitu jelas. Tanda-tanda ini juga berbeza dari wanita ke wanita dan tidak terjadi kepada semua dan ia boleh menimbulkan kekeliruan.

Wanita-wanita yang lebih berisiko untuk gugur:

  • Usia terutama 35 tahun keatas
  • Sejarah keguguran berulang iaitu 3 kali ke atas
  • Sejarah keluarga terdekat yang juga keguguran seperti ibu kandung
  • Masalah PCOS juga boleh meninggikan risiko keguguran
  • Masalah kesihatan seperti kencing manis, tiroid atau penyakit imun
  • Jangkitan kuman seperti bakteria dan virus sebelum dan semasa hamil
  • Penyakit darah beku seperti antiphospholipid antibody syndrome.
  • Masalah bentuk rahim tidak normal seperti berbentuk T atau bercabang.
  • Pernah hamil dengan anak cacat
  • Terhentak atau jatuh dengan kuat dan mendadak seperti semasa kemalangan
  • Terdedah kepada bahan kimia seperti benzene, arsenic, atau formaldehyde sebelum atau semasa hamil.
  • Usia suami lebih dari 40 tahun
Faktor lain yang memberi sedikit risiko keguguran termasuklah:
  • Pemakan ubat NSAIDs seperti ponstans semasa awal kehamilan
  • Pengunaan alcohol, dadah dan rokok
  • Gigitan ular
  • Meminum cafin secara berlebihan
  • Ujian invasive semasa awal hamil seperti chorioamniosis and chorionic vilous sampling
Faktor yang tiada kaitan dengan keguguran:
  • Terdedah kepada Komputer monitor
  • Hubu

Pelega Kesakitan Ketika Bersalin .

- Tiada ulasan

Mungkin susah untuk anda mengetahui apakah jenis pelega kesakitan yang harus dipilih sebelum bersalin, kerana anda tidak tahu kesakitan yang bakal anda hadapi. Satu-satunya perkara yang anda patut baca adalah tentang jenis-jenis pelega kesakitan yang berbeza supaya anda akan mengetahui pilihan anda apabila masanya tiba.



Penerangan ringkas yang paling lazim tentang pelega kesakitan adalah seperti di bawah. Bercakaplah dengan pegawai penjaga materniti (LMC) sekiranya anda perlukan maklumat lanjut tentang kebaikan dan keburukan pelega kesakitan.  

Pelega kesakitan bebas dadah â€¢ Urutan : terutamanya pada belakang, di bahagian bawah amat melegakan sewaktu bersalin. Inilah masanya untuk pasangan anda membantu! Urutan dapat menenangkan anda sepanjang waktu bersalin. • TENS (transcutaneous electrical nerve stimulation): Mesin ini membantu menghasilkan getaran yang membantu menstimulasikan saraf pada bahagian belakang anda melalui empat elektrod. Ia dapat melegakan kesakitan dan mengurangkan kesakitan yang berkumpul sewaktu kontraksi. • Haba : pek berisi air suam / tungku dapat melegakan kesakitan sewaktu peringkat awal pengenduran. • Air suam : mengapungkan diri dalam air suam melegakan ketegangan dan menenangkan anda. • Aromaterapi dan bunga bach : penawar bunga Bach seperti penawar kecemasan lain yang diminum daripada gelas juga dapat membantu. Minyak aromaterapi yang menenangkan seperti lavender juga boleh digunakan, samada di dalam alat pembakar ataupun pada saputangan. • Akupunktur atau acupressure : Kajian baru-baru ini mendapati bahawa wanita yang menggunakan akupunktur kurang memohon penggunaan pelali dan mereka lebih tenang dalam menghadapi saat-saat kelahiran. Akupunktur tidak mempunyai kesan-kesan sampingan dan tidak akan menjejaskan kandungan.  

Pelega kesakitan dengan rawatan berunsurkan dadah/ubat-ubatanGas Nitrus Oksida : dikawal oleh wanita yang menjalani rawatan ini, dia akan bernafas dengan gas ini melalui alat pernafasan pada permulaan kontraksi. Gas ini tidak akan memberi kesan kepada bayi dan akan meninggalkan sistem pada badan ibunya sebaik sahaja ia memasuki badan. • Pethidine : diberikan melalui suntikan pada pungguung untuk kesan yang perlahan, atau disuntik pada pembuluh darah bagi kesan serta-merta. Pethidine melegakan kesakitan sewaktu kontraksi sebaik sahaja mula bersalin, dan ia membantu wanita bertenang dalam proses ini. Walau bagaimana pun, ubat ini akan menjangkaui plasenta dan doktor mengelakkan daripada memberi ubat ini dalam masa sejam sebelum bersalin kerana ia akan membuatkan bayi anda mengantuk dan tidak berupaya untuk menentukan pola bernafas. • Epidural : suntikan bius ini diberi pada bahagian bawah belakang, dan biasanya diberikan kepada wanita yang mengalami proses bersalin yang terlampau panjang dan tidak menunjukkan sebarang kemajuan. Suntikan ini dapat menyahkan kesakitan, jadi anda tidak akan merasakan sebarang kontraksi. Ia mengambil masa 20 minit untuk diberikan dan lebih kurang lagi 5-20 minit untuk mula berkesan. Secara umumnya, kesannya akan hilang dalam masa beberapa jam. Ubat bius ini tidak akan menjangkaui plasenta, dan tidak akan memberi kesan kepada bayi secara langsung.

sumber

Kaedah Kawalan Kehamilan

- Tiada ulasan

 

Kaedah kawalan kehamilan atau juga dikenali sebagai pencegahan kehamilan adalah bertujuan bagi membolehkan pasangan yang telah berkahwin untuk merancang sama ada mahu mempunyai anak atau pun tidak. Pencegahan kehamilan ini juga membolehkan pasangan tersebut memilih bilangan anak dan waktu yang sesuai untuk mempunyai anak.

Kaedah Kawalan Kehamilan


Terdapat pelbagai jenis kaedah kawalan kehamilan yang boleh digunakan. Tetapi ini juga bergantung kepada kepercayaan agama, latar belakang sosial dan juga pilihan pasangan tersebut. Kaedah yang dicadangkan juga mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Terdapat 6 kaedah kawalan kehamilan yang boleh digunakan.

1) Kaedah Semula jadi
Kaedah beritma atau kaedah masa selamat
Fungsi : mengelakkan persetubuhan berlaku semasa fasa subur dalam kitar haid


2) Kaedah Penghalang
Kondom
Fungsi : Getah nipis yang menghalang sperma daripada memasuki faraj

Kaedah Kawalan Kehamilan Kondom


Diafragma
Fungsi : Bulatan berbentuk spring yang dipasang pada pintu masuk uterus. Sperma dihalang daripada memasuki serviks.

Kaedah Kawalan Kehamilan diafragma



 





3) Kaedah Mekanikal
Alat Kontraseptif dalam Rahim (IUCD)
Fungsi : Menghalang penempelan embrio pada dinding uterus

Kaedah Kawalan Kehamilan IUCD


4) Kaedah Hormon
Pil Cegah Kehamilan
Fungsi : Mengandungi hormon seks perempuan yang menghalang berlakunya pengovulan

Kaedah Kawalan Kehamilan Pil cegah kehamilan


5) Kaedah Kimia
Spermisid
Fungsi : Bahan kimia dalam bentuk jel, pil, buih, krim yang membunuh sperma

Kaedah Kawalan Kehamilan spermisid


6) Kaedah Pembedahan
Vasektomi
Fungsi : pembedahan kecil pada duktus sperma yang dipotong dan diikat. Sperma dari testis tidak dapat sampai ke zakar

Kaedah Kawalan Kehamilan vasektomi


Ligasi 
Fungsi : Pembedahan kecil pada tiub falopio yang dipotong dan diikat. Sperma tidak dapat disenyawakan dengan ovum.

Kaedah Kawalan Kehamilan ligasi


Perlu diketahui juga kaedah pencegahan kehamilan ini ada yang bersifat sementara dan ada juga yang bersifat kekal.

Kaedah pencegahan kehamilan sementara ialah kaedah yang membenarkan pasangan yang telah berkahwin untuk memiliki anak sebaik sahaja mereka berhenti menggunakan kaedah-kaedah tersebut.

Kaedah pencegahan kehamilan kekal ialah kaedah yang TIDAK membenarkan pasangan yang telah berkahwin untuk memiliki anak sebaik sahaja mereka menggunakan kaedah ini.

cikguhailmi