Kasi Tembak

Pages

Jumaat, 23 Mac 2012

Kencing manis .

- Tiada ulasan
Penyakit kencing manis ( diabetes ) telah lama diketahui manusia. Beribu-ribu penduduk di negara kita mengidap penyakit ini. Penyakit kencing manis tidak seharusnya menjadi satu penghalang kepada kehidupan yang biasa. Dengan bertambahnya pengetahuan berkenaan penyakit kencing manis dan penghasilan ubat-ubat untuk penyakit ini, tidak ada sebab mengapa anda tidak boleh hidup seperti manusia biasa.

Penyakit kencing manis adalah satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Ini terjadi kerana badan kekurangan sesuatu hormon yang dipanggil insulin yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ bernama pancreas yang terletak dibawah perut. Badan kita mengeluarkan tenaga untuk menjalankan tugas harian daripada makanan. Dalam perut, makanan berkanji dan bergula yang dipanggil makanan karbohidrat ditukar kepada bahan gula yang dipanggil glukos dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga. Glukos adalah punca utama yang memberi tenaga. 

Rabu, 21 Mac 2012

E Book Kesihatan

- Tiada ulasan

Selasa, 20 Mac 2012

Stress can cause back pain !

- Tiada ulasan
There are a number of different problems that can cause us to
experience back pain but one of the more interesting problems is
because of stress. Stress is something that all of us go through
on a regular basis and for many of us, it is simply an emotion that
we have to deal with and not something that causes us physical
pain. For others, however, stress can cause a number of
different problems that range anywhere from cold and flu
symptoms to severe back pain. The truth about stress causing
back pain, however, might be surprising to you.

Back pain that is caused by stress is actually a psychosomatic problem and not
one that is caused in and of itself. Being stressed out can cause you to feel as if
your back is aching in certain situations and in others, it may prolong the amount
of time that your back is hurting. Unfortunately, this type of back pain does not
go away with typical natural treatment, it requires something much more than
that. Here's a little bit about how to get rid of stress related back pain and you
might be surprised to learn that it can actually help you in many different ways in
your life.

The first thing that you need to do if you are experiencing back pain as a result of
stress is to calm down in some way or another. Although this is easier said than
done, it certainly is possible for you to be able to overcome your stress enough
that you should be able to ease up on the back pain. There are a number of
different ways to destress but for the most part, it requires you to adjust your
thinking in some way or another.

Begin by meditating on a regular basis. It is not necessary for you to do some
kind of unusual spiritual technique in order for the meditation to work. Simply
reflect on positive things and allow your mind to focus on them for several
minutes at a time, up to a half hour. You should also make sure that you are not
eating or drinking anything that contain stimulants, such as caffeine. Although
there are a number of different ways for you to destress, these two things will
help you to get on the road to feeling better.

Cara Penjagaan Kesihatan Mata Anda

- Tiada ulasan
Jika anda ingin menjaga kualiti penglihatan yang baik berikut adalah tips yang dapat membantu anda memelihara mata anda.

1. Amalkan pengambilan buah beri dan prun. Kebanyakan buah-buahan yang berwarna ungu ini sangat kaya dengan sebatian yang di kenali sebagai 'anthocyanidins' yang terbukti memberi manfaat pada kesihatan mata.

2. Amalkan pengambilan sayur-sayuran berwarna hijau seperti bayam, kangkung, sawi dan sebagainya kerana ia sangat kaya dengan beta karotin yang baik untuk mata.

3. Ambillah buah-buahan yang berwarna oren atau kuning seperti limau, betik dan mangga. Buah-buahan berwarna ini, sangat baik untuk mata kerana kandungan beta karotin yang terkandung di dalamnya sangat tinggi.

4. Sayur-sayuran berwarna oren dan merah seperti lobak merah, tomato dan labu juga mengandungi beta karotin yang sangat tinggi. Ambillah pemakanan ini setiap hari sekurang-kurangnya satu cawan sehari bagi memastikan tubuh anda sentiasa mendapat sumber beta karotin yang berterusan.

4. Melakukan senaman mata adalah sangat baik untuk kesihatan mata. Caranya dengan mengerdipkan dan memejamkan mata anda kerana ia mampu mengurangkan keradangan dan rasa letih pada mata.

5. Kurangkan stress pada mata dengan meletakkan hirisan timun pada kelopak mata anda. Mata yang letih mengakibatkankan lingkaran gelap di sekeliling mata terjadi seterusnya menjejaskan penampilan anda.

6. Tidur yang cukup akan membantu merehatkan mata anda dan membuat mata anda kelihatan segar dan bermaya.

7. Elakkan mata anda dari cahaya yang sangat terang kerana ia akan menjejaskan penglihatan anda. Pakailah kaca mata gelap untuk memelihara mata anda.

Ahad, 18 Mac 2012

Masalah Keputihan

- Tiada ulasan
Masalah keputihan dan jangkitan kuman
“Keputihan’ yang disebabkan oleh keluaran lendir dari faraj seringkali menimbulkan kerunsingan dan ketakutan di kalangan wanita-wanita.
Perkara yang paling ditakuti sekali ialah jangkitan kuman (venereal disease) seperti siplis dan gonorrhea iaitu penyakit –penyakit yang dijangkitkan menerusi hubungan seks. Perkara lain yang merunsingkan wanita ialah kemungkinan beliau mengidap penyakit kanser pada bahagian peranakan. Bagi gadis-gadis yang belum berkahwin, pengeluaran keputihan menimbulkan persoalan samadamereka mengidap penyakit yang mengancam kesuburan mereka di masa hadapan kelak.

Rawatan Keputihan [klik sini]

1. Peranan lendir di dalam faraj
Pengeluaran lendir keputihan dari kemaluan tidak semestinya menandakan penyakit. Disebaliknya ia mungkin tanda seperkara yang biasa sahaja. Lendir dikeluarkan oleh faraj dan pangkal rahim untuk tujuan tertentu. Ia dikeluarkan oleh sel-sel dan kilang-kilang khas pengeluar lendir.
Lendir ini mempunyai tugas pelindung kepada sel-sel dan dinding saluran faraj. Jika tanpa lendir, sel-sel tersebut akan menjadi kering dan rosak. Kekeringan faraj sering dialami oleh wanita-wanita yang telah putus haid (menopause) dan iini boleh menimbulkan masalah seperti rasa sakit sewaktu bersetubuh dan terkeluarnya darah dari dinding faraj.
Lendir faraj juga mempunyai peranan penting dalam peranan persetubuhan dan pengeluaran lendir bertambah banyak ketika naik syahwat dan ketika bersetubuh. Dalam keadaan demikianlendir adalah dikeluarkan oleh kilang-kilang lendir yang khusus dan terletak di bibir faraj. Keluaran lendir dari faraj yang berlebihan boleh berlaku di kalangan gadis-gadis yang sedang di alam percintaan dan gadis-gadis yang tinggi syahwatnya.
Pangkal rahim (cervix) juga mengeluarkan lendir denga tujuan-tujuan tertentu. Lendir pangkal rahim memainkan peranan dalam percantumandi antara benih lelaki (sperm) dan benih perempuan (ovum) di dalam proses persenyawaan.
Lendir ini mempunyai daya untuk membekal makanandan tenaga kepada benih-benih lelaki untuk beberapa hari dalam keadaan hidup jika sperma terletak di dalam lendir di pangkal rahim (pada kebiasaannya benih lelaki hanya hidup di antara 24-28 jam sahaja). Sifat dan keadaan lendir di pangkal rahim berubah dengan pusingan haid oleh sebab terpengaruh dengan perubahan paras hormon.

Rawatan Keputihan [klik sini] 
2. Apakah yang mengawal pengeluaran lendir?
Pengeluaran lendir dari faraj adalah dipengaruhi oleh paras-parashormon-hormon iaitu estrogen dan progesteron di dalam darah wanita. Hormon-hormon tersebut menambah bilangan kilang-kilang lendir dan membesarkan saluran-salutran kilang tersebut. Kenaikan dalam paras hormon tersebut , menambahkan lagi pengeluaran lendir dari dinding faraj dan pangkal rahim.
Keadaan ini sering kita temui apabila seorang wanita hamil. Ketika kehamilan kandungan hormon-hormon estrogen dan progesteron meningkat naik dan ini seringkali menyebabkan pengeluaran lendir yang berlebihan dari biasa.
Keadaan yang sama seringkali dialami oleh wanita-wanita yang memakan pil perancang keluarga keranapil tersebut mengandungi kedua jenis hormon etsrogen dan progesteron. Wanita-wanita yang sedang dalam rawatan dengan ubat-ubat hormon oleh sebab penyakit-penyakit yang tertentu sepertiendometriosis kadang-kala juga mengalami pengeluaran lendir yang berlebihan.
Keadaan-keadaan tersebut di atas adalah dianggap sebagai fisiologi atau biasa dan tidak perlu merasa gempar atau bimbang.
Pengeluaran lendir yang berlebihanjuga boleh berlaku kerana gangguana jiwa seperti keadaan yang menimbulkan kesedihan atau kegembiraan yang amat sangat. Begitu jugawanita-wanita yang bekerja kuat dan memerlukan tenaga fizikal yang banyak, pengeluaranlendir yang berlebihan juga boleh berlaku.
Sifat lendir yang normal
Pada kebiasaannya sifat dan rupa lendir atau keputihan itu adalah jernih , cair tanpa berbau dan tidak diiringi rasa gatal.

3. Keputihan sebagai tanda penyakit
Pengeluaran lendir atau keputihan boleh menandakan sejenis penyakit pada faraj dan sistem peranakan. Di dalam keadaan sedemikian, pada kebiasaannya lendirnya bersifat putih pekat, kelihatan seperti nanah, seringkali berbau busuk serta diiringi rasa gatal-gatal pada sekeliling faraj. Adakalanya warna lendir itu berwarna kemerahan atau coklat kerana bercampur darah. Ini adalah tanda yang perlu diawasi kerana ada kemungkinan besar ada sejenis jangkitan kuman berlaku.

Rawatan Keputihan [klik sini] 
4. Jenis-jenis jangkitan kuman
Beberapa jenis kuman boleh menjangkiti faraj, rahim dan saluran fallopian. Sesetengah daripada jangkitan kuamn hanya terhad kepada faraj tanpa melibatkan rahim dan saluran fallopian. Keadaan ini tidak begitu membahayakan. Tetapi apabila jangkitan kuman merebak kepada saluran fallopian di antara perkara-perkara yang akan timbul dalam jangka-masa panjang ialah kemandulan, masalah haid, kesakitan dan lain-lain.

i. Kuman
Kuman bakteria jenis E-coli adalah kuman yang sering menjangkiti kemaluan dan perkakas peranakan. Kuman-kuman yang lain yang merbahayakan ialah kuman gonorrhea dan siplis. Kuman yang digelar dengan nama ‘Trichomonas’ sering juga menjangkiti kemaluan dan menyebabkan pengeluaran lendir yang berwarna kehijauan dengan disertai gatal-gatal dan bau busuk

ii. Kulat
Kulat yang digelar dengan nama ‘Monilia’ atau ‘candida’ sering menjangkiti wanita yang sedang hamil atau mengidap kencing manis.

iii. Virus
Virus seperti ‘herpes’ dan ‘chlamydia’ sering menjangkiti kemaluan dan perkakas peranakan.

5. Apakah bahaya jangkitan kuman
Di antara-antara penyakit jangkitan kuman terdapat beberapa jenis yang membahayakan terutama jika ia menyerang saluran fallopian. Ia menyebabkan kemandulan , kesakitan ketika haid, pendarahan yang banyak selepas persetubuhan. Kuman yang hanya menyerang faraj dan pangkal rahim kurang merbahaya kerana masalah-masalah yang ditimbulkan adalah kecil iaitu sakit sewaktu bersetubuh, pendarahan selepas bersetubuh. Tetapi ia jarang menyebabkan masalah-masalah yang teruk dan kemandulan.

Rawatan Keputihan [klik sini] 

6. Bagaimana kuman berjangkit?
Wanita-wanita yang hamil, selepas bersalin , selepas gugur, memakan pil perancang keluarga, memakai alat dalam rahim seperti IUD dan lepas putus haid mempunyai lebih risiko untuk dijangkiti kuman.
Kebanyakan jangkitan kuman adalah hasil dari perhubungan seks.. Oleh itu adalah tidak memeranjatkan jika penyakit  tersebut lebih sering dihadapi  oleh wanita-wanita pelacur dan mereka yang mengamalkan seks rambang (promiscuity)  
Pasangan lelaki atau suami boleh mengidap penyakit yang sama khususnya ‘gonorrhea walaupun tidak mengalami apa-apa tanda penyakit tetapi ia hanya menyimpan kuman tersebut di dalam kemaluannya dan boleh menjadi sumber penularan dari satu mangsa ke mangsa lain.

Rawatan Keputihan [klik sini] 

Keputihan melampau

- Tiada ulasan

Soalan:


Saya seorang wanita yang sudah berkahwin hampir dua tahun tetapi masih belum mempunyai cahaya mata. Dalam tahun kedua perkahwinan, saya mengalami keputihan yang sangat melampau sampaikan berketul-ketul. Pada masa sama, saya selalu berasa sakit yang teramat sangat di bahagian bawah perut sampailah ke pinggang. Selepas bersama suami mesti dia akan tanya kenapa banyak air warna putih berketul-ketul keluar. Saya pun tak tahu apa puncanya. Saya harap doktor dapat membantu.
Terima kasih.

Panduan Merawat Keputihan  [klik sini]

A, Kuala Lumpur.

Jawapan:
Istilah "keputihan" adalah simptom yang lazim dialami oleh wanita. Penyebab utamanya sejenis kulat (jamur) yang dikenali sebagai candida albicans. Keputihan yang disebabkan olehcandida albicans dikenali dengan vulvovaginal candidiasis.

Permasalahan ini kerap berlaku kepada gadis dan juga wanita dewasa. Simptom umum yang biasa muncul adalah rasa gatal teramat sangat pada bahagian luar faraj, kemerahan dan terkadang bengkak pada bahagian labia majora (bibir luar kemaluan), pengeluaran cairan daripada faraj yang berwarna putih dan berkeladak serta berketul-ketul menyerupai susu basi. Penghidap mungkin juga mengalami rengsa atau rasa sakit semasa hubungan seks.

Panduan Merawat Keputihan  [klik sini] 

Dalam keadaan normal, kehadiran candida albicans dalam tubuh manusia tidak menimbulkan gangguan. Gangguan hanya akan muncul apabila keseimbangan populasi flora normal ini mengalami perubahan.
Perubahan keseimbangan flora normal dalam faraj terjadi kerana pengambilan ubat perancang kehamilan, menstruasi, semasa hamil, membasuh bahagian faraj dengan sabun atau pencuci faraj secara berlebihan. Ini dapat menyebabkan perubahan hormon yang akhirnya akan mempengaruhi keasidan pH pada bahagian faraj. Adanya perubahan pH ini akan mempengaruhi keseimbangan flora normal yang ada di dalamnya dan menyebabkan flora yang tidak normal membiak secara berlebihan.

Rawatan untuk masalah keputihan dilakukan dengan menggunakan ubat antikulat (antijamur). Tindakan tanpa ubat yang patut juga dipraktikkan adalah dengan menghindar penggunaan sabun atau parfum pada bahagian faraj untuk mencegah iritasi, menjaga agar bahagian tersebut tetap bersih dan kering dan mengelak pakaian dalam yang ketat dan tidak dapat menyerap peluh. Ubat-ubatan antijamur (dalam nama generik) seperti klotrimazol, mikonazol, ekonazol, nystatin, ketokonazol, itrakonazol, dan flukonazol, boleh didapati di klinik-klinik dan farmasi. Ubat-ubatan tersebut dapat digunakan secara oral, diminum atau digunakan langsung pada bahagian faraj.

Panduan Merawat Keputihan  [klik sini] 

Hendaklah berjumpa dengan doktor bagi menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

Pencegahan

Anda disaran menjaga bahagian sulit supaya bersih dan tidak lembap dengan menggunakan pakaian dalam serap peluh diperbuat daripada kain kapas.

Penggunaan cairan pembasuh faraj harus secara bijaksana dengan mengetahui suatu prinsip bahawa bahagian itu bersifat asid yang juga lingkungan biasa bagi flora normal (mikroorganisma yang dalam jumlah normal tidak menyebabkan penyakit).

Panduan Merawat Keputihan  [klik sini] 

Adanya perubahan lingkungan normal tersebut, misalnya dengan penggunaan pembersih cecair faraj yang bersifat alkali (mengandung sabun) dapat meningkatkan pertumbuhan flora secara abnormal.
Jadi hendaklah menggunakan pencuci atau pembersih faraj secara berpada-pada dan tidak keterlaluan.










Teringin anak kedua

- Tiada ulasan
ASSALAMUALAIKUM doktor, 

SAYA ingin bertanya mengenai tahap kesuburan saya. Saya berkahwin pada Ogos 2006. Selepas dua tahun, saya masih tidak dikurniakan cahaya mata sehinggalah saya mendapatkan rawatan kesuburan. Anak saya kini berusia dua tahun.


Untuk pengetahuan doktor, kitaran haid saya tidak teratur dari awal perkahwinan hingga kini iaitu antara 30 hingga 40 hari dan mengikut doktor perbidanan, saya tidak ada waktu subur.

Doktor juga memberitahu, telur saya tidak matang menyebabkan tidak berlaku percantuman telur dan sperma. 

Buat pengetahuan doktor, ujian sperma suami saya normal dari segi kuantiti, kualiti dan aktiviti. 

Ketika rawatan kesuburan mendapatkan anak pertama, saya menjalani ujian HSG untuk menguji kesihatan tiub fallopian dan ia normal. 

Rahsia Mudah Hamil [klik sini]

Saya diberi pil hormon ‘Clomid’ dan suntikan berikutan percubaan pertama hanya makan pil hormon tidak berjaya dan menyebabkan rahim saya menipis. 
Sehinggalah dengan kuasa Allah saya dapat juga menimang cahaya mata pertama. 

Apa yang memusykilkan saya ialah sehingga kini saya masih berusaha untuk mendapatkan anak kedua tapi masih tidak berhasil. Saya tidak mengambil pil perancang mahupun implan. 

Untuk pengetahuan doktor, berat badan saya 70 kilogram dengan ketinggian 148 sentimeter. Apa yang harus saya lakukan berikutan kos rawatan kesuburan di klinik atau hospital swasta tinggi dan saya dan suami kakitangan kerajaan bergaji rendah. 

Adakah saya perlu kembali menjalani rawatan kesuburan seperti cahaya mata pertama? 

Kelly, Jertih 

ASSALAMUALAIKUM Puan Kelly, 

DIANGGARKAN 15 hingga 20 peratus pasangan yang berkahwin mengalami masalah kesuburan. Dalam setahun usia perkahwinan, anggaran 80 peratus pasangan berjaya mengandung. 

Masalah kesuburan ini agak kompleks kerana ia membabitkan kedua-dua pasangan dan sangat memberi tekanan fizikal, psikologi dan kewangan. 

Masalah puan sukar untuk mengandung kali ini, saya berpendapat adalah masalah ovari puan. 
Ovari puan mengalami kesukaran untuk berovulasi. Ovulasi bermakna terhasilnya benih-benih atau ova untuk persenyawaan dengan sperma. 

Jika dulu puan sudah menjalani ujian HSG dan didapati ia berfungsi dan suami puan juga mempunyai sperma yang mencukupi, maka yang bermasalah adalah ovulasi. 

Saya berpendapat punca utama adalah puan mempunyai BMI yang tinggi. Saya kira BMI puan adalah 32 dan ini berada dalam kategori Obesiti 2. Lemak berlebihan di bawah kulit sintesis hormon estron iaitu sejenis hormon estrogen tetapi ovari menghasil hormon estrogen. Mereka mempunyai fungis yang berlainan. 

Walaupun benih dari ovari ini bercambah setiap bulan, ia tidak mempunyai kualiti yang baik untuk persenyawaan. Jika dikira kitaran haid puan ,ia panjang dan tidak menentu. Bila ovulasi sukar berlaku atau tidak berlaku, maka kitaran ini agak panjang dan haid turun dengan banyak. 

Rahsia Mudah Hamil [klik sini]

Kebiasaannya mereka yang mempunyai kitaran setiap 28 hari waktu subur bermula dari hari ke 11 dan berakhir pada hari 17 setiap bulan. 

Puan perlu rekodkan purata kitaran haid puan. 

Contohnya, kitaran haid puan purata kitaran adalah 35 minggu. Kebiasaan ovulasi berlaku 14 hari sebelum haid. Pada tarikh jangkaan ovulasi berlaku puan boleh bersama suami untuk mencubanya. Di farmasi ada set-set penentuan kesuburan yang puan boleh beli dan kira. 

Di sini, saya cadangkan puan mencuba mengurangkan kadar BMI puan ke tahap yang mana kitaran puan boleh berlaku setiap 28 hari. Ini mungkin memerlukan pengurangan sebanyak 10 peratus dari berat sekarang. 

Kalau turun ke tahap BMI yang normal iaitu 25, mungkin agak sukar tetapi tidak mustahil. Ada beberapa pesakit saya bersungguh-sungguh menurunkan berat badan daripada mengandung tanpa bantuan ubat kesuburan. 

Begitulah pentingnya kaitan barat badan dengan kitaran haid dan kesuburan. Selain itu, puan akan mendapat kebaikan kesihatan yang lain sekiranya puan cergas dan sihat tanpa penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan kadar kolesterol yang tinggi. 

Rahsia Mudah Hamil [klik sini]

Sekiranya puan betul sukar untuk mengandung selepas BMI puan menjadi normal, kemudian barulah puan mencuba semula clomib atau suntikan bagi mengeluarkan benih ini. Puan faham yang Clomid boleh menyebabkan berat badan meningkat sekiranya diambil banyak kali. Puan juga tahu betapa sukarnya doktor untuk menghasilkan benih jika BMI kita tinggi. 

Sabtu, 17 Mac 2012

Harga Rokok Mahal Tapi Harga Nyawa ?

- Tiada ulasan

Berapa harga sekotak rokok ? Mungkin dari RM 8 - RM 10 atau lebih lagi . Berapa kotak sehari ? Mungkin 1- 3 kotak sehari. Maka sehari perbelanjaan untuk rokok sahaja telah mencecah RM 30 dan jika sebulan RM 300  . Jika setahun sudah RM 4800 . Kalau masuk Amanah Saham Berhad dah boleh dapat berkali ganda duit tersebut .


Namun bukan faktor duit yang ingin dipersoalkan tetapi faktor kesihatan dan nyawa . Mungkin mencari duit untuk rokok memanglah mudah . Bagaimana pula duit untuk nyawa dan kesihatan anda ?

Lihat kandungan yang terdapat dalam rokok :



Kerajaan dengan penuh tekun mengadakan kempen berhenti merokok dan mungkin ada antara anda yang benar-benar ingin berhenti namun tidak tahu bagaimana caranya. Saya cuba mendapatkan penyelesaian untuk anda dan terpulang untuk anda ingin membantu diri sendiri atau tidak.





Khamis, 15 Mac 2012

Sakit Jantung

- Tiada ulasan
Sakit jantung atau penginfarkan miokardium adalah sejenis penyakit yang boleh membawa maut kepada manusia.
Sakit jantung merupakan salah satu daripada beberapa jenis penyakit yang berkait dengan jantung. Sakit jantung yang biasa adalah:
  • (Coronary heart disease), terhasil akibat pengumpulan mendapan atheromatous (atheromatous plaques) dalam dinding ateri yang membekalkan myocardium.
  • (Ischaemic heart disease), penyakit yang berciri-cirikan pengurangan bekalan darah kepada jantung.
  • (Cardiovascular disease), kelas penyakit yang membabitkan jantung/ saluran darah (arteri dan vena).
  • (Cor pulmonale|Pulmonary heart disease), kegagalan pada ventrikel kanan jantung.

Kajian mengenai jantung, dan sakit jantung, adalah kardiologi.

sumber wikipedia

Kanser Payudara

- Tiada ulasan

Apakah kanser payudara?

Kanser payudara merupakan kanser yang paling tinggi kejadiannya dan penyebab utama kematian di kalangan wanita di Malaysia.

Kanser payudara berpunca dari sel-sel dalam tisu payudara yang berkembang dalam keaadaan yang tidak terkawal. Jika tidak di kesan dan dirawat secepat mungkin, kanser payudara boleh merebak ke kelenjar limfa dan bahagian badan yang lain seperti tulang, paru-paru dan hati.

Apakah yang menyebabkan kanser payudara.

Penyebab sebenar kanser payudara tidak di ketahui. Setiap wanita berusia 20 tahun keatas adalah berisiko menghidap kanser payudara.

Faktor-faktor berikut mungkin menambahkan risiko wanita menghidap kanser payudara:
  • Usia meningkat
  • Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser payudara.
  • Telah mendapat kanser pada satu payudara.
  • Mula datang haid awal (sebelum umur 12 tahun) atau putus haid lewat (selepas umur 50 tahun)
  • Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada umur melebihi 30 tahun.
  • Mengambil jenis makanan yang mengandungi banyak lemak haiwan.
Apa Yang Anda Boleh Lakukan Untuk Mencegah Kanser Payudara.

Kanser payudara boleh dicegah jika dikesan dan dirawat awal. Kanser payudara adalah salah satu kanser yang paling mudah di kesan.

Pengesanan boleh dilakukan dengan pemeriksaan Payudara. Semua wanita yang berusia 20 tahun dan lebih perlu melakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) Setiap bulan sepanjang hayat mereka. Bagi wanita yang melebihi 30 tahun mereka perlu juga mendapatkan Pemeriksaan Payudara oleh saorang doktor atau kakitangan perubatan yang lain setiap tahun.
Pemeriksaan payudara secara tetap akan membolehkan sesaorang wanita mengesan kanser payudara pada peringkat yang awal di mana rawatan adalah lebih berkesan.


Bila Misti Melakukan PSP ? 

Anda misti melakukanya setiap bulan. Jika anda masih datang haid, PSP mestilah dilakukan di antara hari ke-7 hingga ke-10 selepas bermulanya haid anda.

Sekiranya jangkamasa haid anda tidak teratur atau anda sudah putus haid, PSP mesti dilakukan pada satu hari yang ditetapkan setiap bulan. Pilih hari yang mudah untuk diingati, seperti hari pertama atau terakhir pada bulan tersebut.


Bagaimana Melakukan PSP 

Ia boleh di lakukan dengan 2 cara iaitu, melihat perubahan di hadapan cermin dan mengesan perubahan dengan cara berbaring.



A. Melihat Perubahan Di Hadapan Cermin 

Lihat pada saiz, bentuk dan keseimbangan bentuk payudara (symmetry) serta paras kedua-dua puting payudara.



lebih info sila ke : http://larrijal.tripod.com/nota/psp.htm

Siapa Remaja ?

- Tiada ulasan
APA ITU REMAJA

Remaja adalah masa peralihan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa. Zaman remaja bermula dari usia 10 hingga 19 tahun. Walaubagaimanapun, tempoh peralihan ini berbeza di antara seorang dengan seorang yang lain.

PERUBAHAN KE ARAH KEDEWASAAN

Ketika ini remaja-remaja lelaki dan perempuan secara sedar atau tidak akan mengalami perubahan dari segi bentuk tubuh badan dan emosi. Perubahan-perubahan ini berlaku akibat tindakan hormon dalam badan.

Kadar pembesaran dan perubahan zaman remaja adalah berbeza di antara remaja lelaki dan perempuan. Malah kadar pembesaran adalah berbeza di antara sesaorang individu dengan individu yang lain.

PERUBAHAN FIZIKAL

PERUBAHAN SEMASA AKHIL BALIGH

REMAJA PEREMPUAN

Buah dada (payudara) mula membesar.
Bulu tumbuh di celah ketiak dan bahagian ari-ari.
Punggung melebar menunjukkan ciri--ciri kewanitaan.
Jerawat mula tumbuh.
Mula didatangi haid
Suara munkin berubah dari suara keanak-anakan kepada suara yang lebih matang.
PERUBAHAN SEMASA AKHIL BALIGH

REMAJA LELAKI

Suara menjadi garau.
misai dan janggut mula tumbuh.
Bahu dan dada menjadi bidang.
jerawat mula tumbuh.
Mengalami mimpi yang menghairahkan sehingga mengeluarkan air mani. Pengalaman inilah menunjukkan anda telah akhil baligh.
zakar dan buah zakar mula membesar.
ORGAN REPRODUKTIF REMAJA PEREMPUAN



Tahukah anda, semenjak lahir sesaorang bayi perempuan mempunyai 4000,000 ova (sel telur). Bagaimanapun hanya kira-kira 350 hingga 400 ova sahaja akan matang dan boleh disenyawakan sepanjang hayat seorang wanita.

ORGAN REPRODUKTIF REMAJA LELAKI



KITARAN HAID

HAID MENUNJUKKAN ORGAN REPRODUKTIF SEORANG GADIS TELAH MULA BERFUNGSI





Hari pertama kedatangan haid . Selalunya pusingan haid berlaku antara 28 hingga 35 hari. Seorang gadis akan mengalami haid selama 3 hingga 6 hari. Tempoh adalah berbeza di antara seorang gadis ke seorang yang lain.
Pada masa yang sama, ova menjadi matang di dalam ovari.
Akibat rangsangan hormon, lapisan tebal darah yang baru mula terbentuk di dalam uterus.
Ketika pertengahan kitaran haid, ova dibebaskan dari ovari. Ova akan bergerak menuju ke uterus melalui saluran fallopian. Sekiranya ova tidak disenyawakan oleh sperrna, ova akan hancur dan dikeluarkan dari tubuh. Lapisan tebal darah di dalam uterus akan dikeluarkan sebagai haid.

HAID

Kebiasaannya seorang gadis akan mengalami haid setiap bulan sehingga dia mengalami putus haid(menopos), kecuali semasa mengandung. Bagaimanapun haid mungkin lewat atau tidak teratur dalam keadaan:

Gangguan emosi.

Tekanan dalam hidup.

BAGAIMANA MENJAGA KEBERSI HAN SEMASA HAID

Kebersihan peribadi semasa haid adalah amat penting. Semasa kedatangan haid seorang gadis itu perlu.

Mengunakan tuala wanita semasa haid. Tuala wanita perlu di tukar selalu. (jangan buant tuala wanita merata-rata). Bungkus dan buang kedalam tong sampah.
Membasuh kemaluan menggunakan sabun dan air.
Mandi dan bersihkan diri sekurang-kurangnya dua kali sehari.

SEGUNGGUT

Senggugut ialah pengecutan dinding rahim yang kuat semasa hari pertama kedatangan haid setiap bulan. Ia akan menyebabkan rasa lenguh dan sakit di bahagian bawah perut dan belakang. Semasa mengalami senggugut seorang gadis mungkin merasa letih, muram dan cepat marah.

Bagaimana Cara Untuk Mengatasi Senggugut ?

Tekanan emosi semasa haid boleh dikurangkan dengan berbaring.
Sekiranya tidak-dapat menahan sakit, dapatkan rawatan dari klinik yang terdekat dengan anda.

DARA

Dara adalah istilah yang digunakan untuk remaja lelaki dan perempuan yang belum pernah mengalami perhubungan seks (persetubuhan).

Bagi remaja perempuan, dara dikaitkan dengan selaput dara. Seorang gadis itu dikatakan hilang dara sekiranya selaput dara gadis koyak akibat dari persetubuhan.

Namunbegitu selaput dara juga boleh koyak akibat dari senaman lasak dan kemalangan. Jika ini berlaku, gadis itu tetap lagi dikatakan dara.

PERUBAHAN EMOSI DAN PSIKOLOGI

Bersama perubahan fizikal, akan berlaku perubahan emosi dan psikologi. Semasa menjangkau usia remaja, anda mula tertarik kepada remaja berlainan jantina. Perasaan ini adalah normal dan merupakan sebahagian dari proses pembesaran.

Tetapi, perasaan ini perlu dikendalikan dengan bijaksana supaya tidak Menghancurkan masa depan remaja.

PERUBAHAN-PERUBAHAN LAIN:

Perubahan- perubahan lain yang tidak kurang penting adalah:.

Perasaan ingin mencari identiti diri
Ingin berdikari dan memikul tanggungjawab sendiri
Ingin mencuba perkara-perkara yng tidak pernah dilakukan sebelum ini.
Penerimaan rakan sebaya adalah penting.

Pada usia inilah pengaruh-pengaruh buruk yang berada di persekitaran seperti pergaulan bebas, merokok, pengambilan dadah, lepak, pemakanan tidak sihat dan sebagainya cuba meracuni golongan remaja.

Bimbingan keluarga, pelajaran dan ugama adalah pedoman untuk menunjuk arah masa depan.

SOKONGAN SOSIAL

Dalam melalui saat-saat manis alam remaia, anda perlu berinteraksi dengan rakan sebaya, keluarga dan masyarakat.

Alam remaja penuh cabaran dan masalah. Remaja akan mampu mengatasi cabaran hidup secara berbincang dan bertukar fikiran dengan:

Ibubapa.
Rakan sebaya: Pilih rakan sebaya yang baik akhlaknya.
Guru/ orang dewasa yang boleh dipercayai.
Sertailah program remaja di sekolah ataupun yang dijalankan oleh masyarakat di pesekitaran anda

TIDUR SECUKUPNYA

Remaja memerlukan banyak tenaga untuk membesar. Oleh itu remaja perlu berehat secukupnya. Tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari.

MENJAGA KEBERSIHAN DIRI

Semasa membesar, anda akan lebih kerap berpeluh. Oleh itu anda perlu selalu mandi dan mencuci rambut.

PEMAKANAN YANG SEIMBANG

Jika anda mahu kelihatan ceria, cergas dan cerdas anda perlu mengambil makanan yang seimbang. Nasi, mi, bijirin, sayur--sayuran, buah-buahan, ikan, daging, telur, susu dan hasil tenusu serta kekacang. Kesemuanya memainkan peranan penting dalam diet harian anda.

BERSENAM SECARA TETAP

Senaman akan:
Menguatkan otot
Menjadikan remaja segar pada waktu siang.
Membantu remaja tidur lena di waktu malam.
ALAM REMAJA MENGUBAH PANDANGAN ANDA

lbubapa anda merasa gembira kerana anda telah menjadi matang, tetapi mungkin akan merasa sedih kerana kini anda tidak lagi bergantung sepenuhnya dengan mereka.

Anda mungkin menghadapi tekanan utuk memilih antara peraturan ibubapa dengan Kemahuan anda sendiri.

Anda akan mempunyai lebih tanggungjawab samada di rumah mahupun di sekolah. Anda Terpaksa membuat keputusan mengenai......

Nilai yang ingin anda pilih
Memilih rakan sebaya
Arah masa depan anda
Cita-cita anda
Anda perlu belajar berbincang dan berkongsi perasaan dengan ibubapa. Luahkan perasaan anda dengan ibubapa

HIASILAH DIRI ANDA DENGAN NILAI NILAI-MURNI

Hormatilah orang-orang yang lebih tua dari anda.
Hindarkan diri dari pengaruh rokok, dadah dan arak.
Amanah
Dekatilah diri anda dengan ajaran agama.
Bantulah rakan yang memerlukan pertolongan.
Menabung untuk masa depan anda.
ZAMAN REMAJA ADALAH MENYERONOKAN SEKIRANYA ANDA.

Memahami mengenai perubahan fizikal, emosi, mental dan sosial semasa remaja.
Mahu belajar dan bertanya mengenai alam remaja.
Mahu berkongsi perasaan dan emosi anda dengan ahli keluarga.Hormati dan sayangilah diri serta tubuh badan anda

Rabu, 14 Mac 2012

Tangani Ketagihan Onani

- Tiada ulasan

Onani

Tangani ketagihan
Soalan:
Saya pelajar berumur 16 tahun. Masalah yang saya hadapi sangat mengganggu pelajaran saya sehingga saya menjadi seorang yang sangat risau.. Masalah saya ialah:
1) Saiz buah zakar saya ialah 4 sentimeter (ukur guna pembaris) Adakah saiz itu normal?
2) Saya kerap beronani sejak tingkatan 1 lagi. Seminggu tiga kali. Adakah ia menyebabkan saya tidak boleh mendapat anak?
3) Mengapakah air mani saya sangat sedikit?
Putra_kedah.
Saudara Putra.
Terima kasih atas soalan-soalan yang ditanya. Saya kurang pasti berkenaan soalan pertama, pengukuran buah zakar dengan pembaris adalah tidak tepat. Doktor biasanya menggunakan alat yang dipanggil ‘orchidometer’ untuk membuat pengukuran mengikut isipadu buah zakar dan bukan panjang buah zakar tersebut. Pengukuran yang saudara buat adalah tidak tepat. Saya nasihatkan agar saudara berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan kepastian berkenaan kerisauan saudara.
Berkenaan soalan kedua saudara, saya pasti kebanyakan remaja melakukan perbuatan onani atau melancap dan ada di kalangan remaja menjadi ketagih dengan perbuatan ini. Saya banyak berjumpa remaja yang turut mengalami tekanan akibat ketagihan melancap bahkan ada yang mengatakan bahawa zakar mereka menjadi kecil dan mengecut akibat melancap. Secara amnya, perbuatan melancap tidak memberi kesan negatif terhadap kesihatan fizikal mahupun mental seseorang itu. Ia juga tidak akan menyebabkan benih atau sperma berkurangan ataupun mati pucuk atau dengan kata lain saudara tidak akan menjadi mandul dengan kerap melakukan onani. Tetapi ia boleh memberi kesan fizikal atau mental jika ia tidak terkawal ataupun melibatkan penggunaan alat-alatan yang boleh memberi kecederaan terhadap zakar.
Bagi soalan ketiga saudara, isipadu air mani normal bagi lelaki dewasa ialah antara 2 hingga 5 mililiter. Saya kurang pasti apa maksud saudara ‘sedikit’ tetapi isipadu air mani akan berkurangan jika saudara melakukan onani dalam selang masa yang singkat. Bagi lelaki yang normal, isipadunya akan pulih selepas selang beberapa hari kemudian.
Saudara boleh mengelakkan daripada melakukan melancap dengan menjauhi rangsangan seks seperti melihat video lucah dan sebagainya. Aktiviti riadah boleh mengisi masa lapang dan menjauhkan dari melancap. Bagi orang Islam, membaca al-Quran, berpuasa dan banyakkan bersembahyang sunat dapat menjauhkan diri daripada melancap.

Selasa, 13 Mac 2012

Solution Provider

- Tiada ulasan
Menyediakan Informasi Berguna Untuk Anda . Berusaha Untuk Menyelesaikan Masalah Anda .. :)













Coklat, tiram, asparagus rangsang seks

- Tiada ulasan


SOALAN


SAYA telah berkahwin selama tiga bulan. Masalah saya ialah setiap kali bersama suami, saya tiada rasa apa-apa. Tiada yang seronok pun. Adakah saya tidak normal? Hal ini membuatkan saya tidak bersemangat setiap kali suami mahu bersama? Ada ke ubat untuk masalah saya ini?

- Lulu.
Johor


JAWAPAN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas soalan saudari mengenai masalah hubungan seksual suami isteri. Tempoh tiga bulan berkahwin masih muda dan banyak lagi yang saudari dan suami belum ketahui berkenaan hubungan seks. Anda berdua masih dianggap 'Pengantin Baru'. Mungkin masih tidak lambat untuk saya mengucapkan tahniah kepada anda berdua yang baharu menjalani gerbang berumah tangga. Saya kira terdapat juga segelintir wanita yang tidak mengalami klimaks melalui hubungan seks. Klimaks atau rasa seronok ini dipanggil dalam istilah perubatan sebagai orgasma ('orgasm'). Jangan gusar dan yakinlah pada diri sendiri bahawa saudari adalah seorang wanita yang normal. Saudari sepatutnya berbincang secara terbuka dengan suami mengenai perkara ini agar beliau lebih memahami. Perasaan kebimbangan terhadap perkara negatif berkait hubungan seks yang anda pernah dengar juga perlu diketepikan. Kelak, anda akan mula mengenali keseronokan hubungan seks suami isteri. Tanamkan semangat yang kental dan usaha bersungguh-sungguh untuk mengatasi masalah ini. Justeru, kemesraan dan kepuasan hubungan seks sewajarnya dinikmati kedua-dua belah pihak.

Mengurangkan tekanan

Kepuasan dalam seks merupakan ubat penenang bagi mengurangkan tekanan. Tekanan dapat diredakan hasil hormon yang dirembeskan selepas mencapai klimaks. Wanita lazimnya sukar atau lambat mengalami rangsangan seksual berbanding lelaki. Juga, kepuasan seks wanita berbeza-beza, ada yang memerlukan orgasma manakala yang lain merasa cukup puas dengan hubungan seks sahaja. Suami memainkan peranan penting agar sabar melayani isteri agar isteri dapat mengalami rangsangan seksual dahulu sebelum kemasukan zakar. Jika tidak, kekeringan faraj juga boleh menyebabkan rasa sakit dan ini selanjutnya akan membantutkan isteri untuk terangsang.
Hubungan seks bukan hanya sekadar dorongan nafsu semata-mata. Setiap perilaku dalam hubungan seks perlulah dilakukan dengan ilmu yang dipelajari. Ilmu seks perlu turut dipelajari dengan ilmu untuk mengekal kasih sayang dan cinta suami isteri. Kenikmatan seks bukan untuk seorang. Kenikmatan seks adalah untuk suami dan isteri yang melakukan hubungan seks. Setiap pasangan perlu tahu bagaimana untuk memuaskan pasangannya dan kenapa ia dilakukan.
Saudari tidak perlu mengambil apa-apa ubatan bagi merawat masalah ini. Saya harap saudari boleh mencuba beberapa tips bagi mengatasi masalah yang dihadapi atau banyak membaca buku berkenaannya.

Makanan

Untuk pengetahuan saudari ada makanan yang boleh menaikkan nafsu. Coklat, tiram dan asparagus adalah antara makanan yang boleh menaikkan nafsu seks. Jadikan ia hidangan utama sewaktu makan malam atau coklat dan ais krim sebagai pencuci mulut. Makanan bercoklat juga dapat menaikkan nafsu berahi seseorang. Makan makanan berkhasiat untuk menjaga badan supaya sentiasa sihat. Badan yang sihat akan membuat otak pun sihat dan segar. Otak adalah organ seks yang paling utama.

Wangian

Saudari boleh juga mencuba tips yang lain pada masa yang sama. Beli minyak wangi yang berjenama dan simpan khusus untuk tujuan seks. Wangian yang bersesuaian akan merangsangkan otak yang merupakan organ seks yang utama. Begitu juga sebelum melakukan hubungan seks, mandi dengan haruman lembut dan bersih. Wangikan bilik dengan haruman yang menyenangkan. Ia akan menimbulkan rasa keselesaan dan kesenangan dan rasa berahi yang tinggi. Kebersihan diri juga amatlah penting dan patut diamalkan oleh anda berdua. Mandi dengan haruman dan gosok gigi. Rasa bersih, selesa dan senang akan menimbulkan kehendak seks yang tinggi.
Anda berdua boleh mulakan hubungan seks dengan pemanasan atau permainan sebelum hubungan seks ('foreplay'). Mulakan dengan belaian lembut, mainan lembut dan ciuman manja. Mulakan rabaan tangan dengan gosokan di belakang badan barulah ia dikembangkan kepada bahagian-bahagian lain. Ciuman di telinga dan leher akan menimbulkan rasa berahi kepada wanita dan lelaki. Pastikan semua bahagian badan dibelai dan dirangsangkan sebelum melakukan hubungan seks. Luangkan masa 10 hingga 15 minit untuk pemanasan sebelum seks.

Peranan suami
Suami saudari juga hendaklah mengenali klimaks wanita. Ramai lelaki tidak tahu bagaimana wanita klimaks atau mencapai orgasma. Yang lagi merumitkan, setiap wanita ada caranya tersendiri. Tanda yang biasa kepada semua wanita sewaktu orgasma atau klimaks adalah berlakunya serangan kuat berserta badan menggigil dan pelukan kuat diberikan pasangannya. Jika berkesempatan, akan kelihatan badan memerah terutama seluruh muka. Pelbagaikan juga posisi seks jika inginkan kelainan. Permainan selepas hubungan seks ('afterplay') juga penting. Istilah 'afterplay' merupakan gambaran perlakuan pasangan suami-isteri sesaat setelah berhubungan seksual sebelum tidur atau melakukan kegiatan lain. 'Afterplay' yang hangat dan penuh kasih sayang penting untuk meningkatkan hubungan seksual. Setiap orang biasanya menjadi lebih peka antara satu sama lain setelah berhubungan seksual. Ini juga merupakan saat yang terbaik untuk mengekpresikan cinta dan perhatian pada pasangan.

Ketagih facebook

- Tiada ulasan
“SAYA perlu balik Dr. Niva, pukul 5.00 petang ni kek saya masak. Minta maaf sangat sebab tak dapat nak minum sekali,” kata seorang peserta yang menghadiri ceramah Ketagihan Facebook yang diadakan di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, Ampang, Selangor bulan lepas.
Wanita berusia dalam lingkungan 50an itu tergesa-gesa pulang ke rumah semata-mata untuk membuka Internet dan bermain permainan Cafe World di dalam laman sosial facebook.
Pakar runding Klinikal Psikologi dan Neuropsikologi, Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, Dr. Nivashinie Mohan berkata, perkara berkenaan memang benar-benar berlaku selepas ceramahnya mengenai ketagihan facebook.

“Wanita berkenaan berkata, saya hadir untuk dengar ceramah kerana ia berakhir jam 4.30 petang dan saya sempat untuk balik ke rumah pada masa kek saya masak dalam Cafe World,” katanya sambil tersenyum.

Senario ketagihan facebook tidak mengenal batas, semua orang boleh mengalaminya sama ada lelaki, wanita, remaja sehinggalah warga emas.

Walaupun di negara ini, ketagihan facebook tidak ketara, di negara maju seperti Amerika Syarikat (AS) terdapat ramai pesakit menunjukkan tanda-tanda ketagihan.
Antara tanda ketagihan facebook adalah suka berbual maya atau chat dalam facebook sehingga mengganggu kehidupan sosial.

Biasanya apabila mereka dihalang untuk login facebook tanda berikut akan muncul seperti berpeluh, menggigil, tidak boleh tidur, tidak fokus, risau dan rasa tertekan.
Biasanya mereka lebih suka bergaul dengan rakan-rakan dalam facebook dan hilang kawan di luar.
“Di AS, ketagihan facebook telah lama dikesan sejak 2008 tetapi di negara ini belum terdapat diagnosis yang tepat,” ujarnya.

Dr. Niva berkata, ketagihan facebook sama dengan ketagihan Internet, permainan komputer, telefon bimbit dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Secara amnya, ketagihan facebook bukan dilihat dengan penggunaan facebook yang lama tetapi gangguan yang dicetuskan semasa penggunaannya.
“Biasanya mereka menggunakan facebook selama satu atau dua jam tetapi jika dihadkan penggunaan mereka menjadi tidak tentu arah,” katanya.

Facebook tidak boleh diharamkan, kata Dr. Niva tetapi perlu digunakan secara sederhana seperti hadkan penggunaan apabila terdapat tanda-tanda ketagihan.

Walaupun golongan berusia 18 hingga 34 tahun merupakan pengguna facebook terbesar tetapi ketagihannya tidak mempunyai had umur.

Bukan semua yang ada dalam facebook tidak elok.
Misalnya di AS, ketua asrama di sana berkawan dengan semua pelajar di dalam facebook bagi mengenali mereka yang bermasalah.

“Di Malaysia, biasanya sekolah antarabangsa membekalkan pelajarnya dengan komputer tetapi mengehadkan penggunaan teknologi pada hari tertentu bagi meningkatkan kemahiran bersosial di kalangan pelajar,” katanya.

Kanak-kanak yang kehilangan kemahiran bersosial biasanya menjadi hiperaktif atau Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).

Ini kerana mereka yang banyak bermain permainan komputer dan Internet menggunakan gerakan tangan yang cepat.

Mereka lebih gemar bermain dengan permainan Internet yang lebih interaktif, berwarna-warni dengan grafik yang menarik.

“Ini tentu menjauhkan mereka daripada buku yang kelihatan kaku dan tidak menarik. Biasanya mereka akan hilang daya imaginasi dan kekuatan berfikir,” katanya.
Bagaimanapun mereka masih mempunyai banyak kelebihan seperti kemahiran motor halus (guna jari jemari), membantu koordinasi dan mengatur strategi.
Kajian ke atas 200 orang pelajar di China mendapati mereka yang ketagih facebook mengalami otak kecut sehingga 20 peratus.

“Bagaimana kajian yang mendalam perlu dilakukan kerana sampel yang diambil kecil dan tidak dapat mewakili satu populasi,” katanya.

Dr. Niva menambah, ketagihan facebook boleh dirawat jika dikesan pada peringkat awal dengan mendapat bantuan pakar.

Stres dan Akibatnya

- Tiada ulasan
Keadaan atau masa yang menimbulkan stres selalu berlaku. Perkara ini tidak dapat dielakkan memandangkan gaya hidup di dunia moden yang serba pantas ini.

Adakah anda tahu mengenai pelbagai kesan stres ke atas sistem tubuh kita? Ia boleh merosakkan beberapa sistem. Ia malah mampu melemahkan tubuh kita hingga ke satu tahap di mana sistem imun berputus asa.

Daripada hanya membaca maklumat ini begitu sahaja, adalah penting untuk kita mengambil pendirian. Buatlah keputusan untuk membuat apa saja yang terdaya untuk mengurangkan kesan buruk stres. Stres boleh membunuh, justeru jangan biarkan ia membunuh anda atau orang yang anda sayangi. Individu yang mengalami stres sentiasa kehilangan tenaga yang diperlukan untuk menjalani kehidupan seharian. Jika ini berlaku, ianya boleh menyemai sikap negatif dalam kehidupan mereka. Kemurungan akan berlaku dan mencetuskan kesan negatif kepada kehidupan individu berkenaan. 

Kegagalan menangani stres juga boleh membawa kesan buruk ke atas kesihatan seseorang. Lazimnya sistem imun dapat mempertahankan tubuh dari penyakit. Namun begitu, stres boleh melemahkan sistem imun. Jika ini berlaku, individu berkenaan akan lebih mudah mendapat penyakit berbahaya seperti kanser dan masalah jantung. Pada masa yang sama, jika dia sedang berhadapan dengan masalah kesihatan, ianya boleh memburukkan lagi keadaan.

Umum mengetahui penyakit jantung merupakan penyebab kematian nombor satu di dunia. Sebahagian dari simptom atau pertanda penyakit jantung mempunyai kaitan dengan stres. Peningkatan tekanan darah yang mendadak dan debaran jantung berterusan adalah antara tanda-tandanya. Berasaskan fakta-fakta tersebut, adalah penting untuk seseorang untuk berbuat sesuatu sekiranya mereka mendapati diri mereka tidak berupaya menangani stres. Mereka perlu mengatasi masalah tersebut secepat mungkin untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa stres yang boleh membunuh.

Cara Mudah untuk Mengatasi Stres

Ada beberapa langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan kesan buruk stres. Dengan mengamal langkah-langkah berikut, risiko untuk mendapat kesan buruk stres dapat dikurangkan.

1. Pemakanan yang Betul

Makan makanan yang betul membantu kita menghadapi cabaran kehidupan seharian. Pastikan anda tidak terlupa untuk makan pada waktu makan agar anda mempunyai tenaga yang cukup untuk melaksana tugas seharian. Pada masa yang sama, mengambil diet yang seimbang akan menjamin tubuh mendapat zat makanan yang diperlukan. Justeru pastikan anda mengambil makanan yang menyumbang kepada kesejahteraan anda. Ambil protein, vitamin B (B6 dan B12), asid folik dan mineral.

2. Jangan Membebankan Diri

Kadangkala seseorang itu terlalu bercita-cita tinggi dan terlupa akan kemampuan diri. Justeru penting untuk kita mengelak diri dari mengambil tugas lebih dari yang mampu dilaksanakan. Laksanakan tugas sedikit demi sedikit. Pecahkan tugas yang besar kepada beberapa tugas kecil yang boleh diselesaikan dalam tempoh yang lebih pendek. Dengan cara ini, ia akan meringankan beban tubuh dan minda kita.

3. Berehat

Jika anda selalu sibuk dan tidak cukup tidur, fikir semula baik-baik. Badan kita perlu rehat selepas bekerja untuk beberapa ketika. Justeru jangan biarkan seminggu berlalu tanpa rehat dan tidur yang nyenyak. Cubalah ambil cuti selepas melaksana beberapa siri tugas berat. Mendengar musik klasik yang baik atau mengambil masa untuk bersendirian dan merehatkan minda akan membantu kita dalam jangka masa yang panjang.

4. Berinteraksi dengan Famili dan Rakan

Adalah bagus menjadi seorang yang kuat kerja. Namun begitu jangan lupa, sebagai seorang manusia kita memerlukan sokongan orang di sekeliling kita. Pastikan anda meluangkan masa untuk melakukan aktiviti masa lapang bersama famili dan juga rakan-rakan. Ini akan menghilangkan sebarang kerungsingan yang bermain di minda. Dalam masa yang sama ianya akan menolong anda membina pandangan positif apabila anda kembali bertugas.

Stres sebenarnya boleh membunuh tetapi ianya tidak perlu begitu. Penting untuk seseorang itu mempunyai kawalan ke atas kehidupannya. Lindungi diri dan kesihatan dengan mengamalkan langkah-langkah yang akan membantu mengurus stres dengan baik.